Doaku Termakbul Setiap Hari.

Alhamdulillah, hari ketujuh Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan.

Syukur,Allah beri kita peluang menikmati Ramadhan dan hari baru hari ini.
Hari ini, huda bangun terus dapat idea nak tulis mengenai doa huda yang termakbul setiap hari.
Huda ingat lagi, masa kecil, tengok cerita princess yang cantik-cantik dan dapat kahwin dengan prince charming yang tinggi dan segak.



Setiap kali tengok cerita princess, mesti huda doa, nanti huda nak kahwin dengan lelaki yang tinggi, yang segak dan baik macam prince charming.

Semakin meningkat usia, huda memasang impian yang lebih hebat lagi, dengan berdoa lagi Allah temukan huda dengan seorang lelaki yang sangat baik dan pandai jaga hati huda.
Huda ni sensitif, tak boleh kena marah, mesti nangis. Maka huda nak seorang yang sangat penyayang dan lemah lembut bila berbicara, dan yang paling penting penyabar.

Dengan izin Allah, doa huda termakbul. Allah temukan huda dengan seorang lelaki yang 100% matching dengan semua wishlist huda. He is my MR RIGHT.


Huda masih ingat lagi, pada tarikh 1.1.11, huda pergi hiking di Broga Hill. Tengok sunrise dan huda berdoa, Allah permudahkan impian huda nak kahwin dengan MR RIGHT. Huda nak bercinta dengan ikatan yang halal, huda nak hidup yang berkat dengan ikatan cinta yang halal. Huda nak hidup dengan dia, huda tak berpisah dengan dia walau sehari.

Huda doa dengan Yakin, sebab huda yakin Allah Maha Memakbulkan doa.
SubhanaAllah, huda betul betul tak sangka, keesokan harinya, 2.1.11, Allah perkenankan doa huda.
Di masjid Putra, Putrajaya, MR RIGHT buat suprise dengan melamar huda dan bagitahu nak hantar rombongan meminang bulan depan.

Ya Allah, air mata mengalir jer time tu. Speechless. SubhanaAllah, Maha Suci Allah. Doa huda termakbul lagi!

Pada 4.2.11 huda selamat menjadi tunang kepada MR RIGHT. Sekali lagi doa termakbul. Memang berangan nak dapat cincin diamond, tapi serius tak sangka dapat cincin tunang secantik ini.


Pada 2.12.11, huda selamat menjadi cinta halal kepada MR RIGHT.
Suprise again! Dapat jambangan bunga masa akad nikah. Doaku termakbul lagi! Terima kasih Ya Allah.


Hari ini, dan setiap hari yang telah berlalu dan akan datang adalah hari doa huda termakbul setiap hari.

Doa huda, nak jalani setiap saat disisi MR RIGHT, huda tak nak PJJ, huda nak sentiasa disamping dia, jaga dia dan bercinta setiap hari.

Alhamdulillah, Allah izinkan huda dan dia hidup setiap hari, bersama. Kerja bersama sama dari rumah, kongsi setiap saat bersama,kongsi impian dan usahakan bersama untuk realisasikan impian kami.

Doa huda termakbul setiap hari. Ya Allah, bersyukurnya huda rasa.

Setiap masa huda boleh tengok MR RIGHT dengan pandangan kasih sayang. Huda yakin bila kita bercinta kerana Allah, dan berkasih sayang kerana Allah, Allah akan limpahkan kasih sayangNya kepada hambaNya.


Sekian coretan ceritahuda hari ini. Hargai setiap doa yang telah Allah makbulkan dan doa yang akan Allah makbulkan. Alhamdulillah,Alhamdulilah, Alhamdulillah!

some_text

Post a Comment

0 Comments