Review Filem - Johnny English Strikes Again

Huda dan suami memang minat genre movie Action dan Comedy, jadi pada hari Ahad yang lepas kami pergi movie date layan movie baru Johnny English Strikes Again! Kebetulan huda nak renew TGV Movie Club membership , jadi dapat jimat banyak. Hanya bayar RM10 untuk renew fee dapat 2 tiket wayang FREE dan air percuma! Berbaloi sangat-sangat. 

Review Filem - Johnny English Strikes Again


Trailer


Genre: Action / Adventure / Comedy

Duration: 100 Minutes

Sinopsis 
Pengembaraan Johnny English baru bermula apabila serangan siber mendedahkan identiti semua agen penyamar aktif di Britain, Johnny English sebagai harapan terakhir Secret Service's. Dipanggil dari persaraan, Johnny English memulakan misi untuk mencari Mastemind Hacker Sebagai seorang lelaki yang mempunyai sedikit kemahiran dan kaedah analog, Johnny English mesti mengatasi cabaran teknologi moden untuk membuat misi ini berjaya.

Best ke movie terbaru Johnny English yang ketiga ni???



Kalau korang dah layan filem Johnny English ( 2003) dan Johnny English Reborn (2011) , mesti korang teruja nak tengok movie yang ketiga ni, Johnny English Strikes Again!

Selepas menonton 100 minit di TGV , huda boleh simpulkan Filem Johnny English Strikes Again ini mempunyai jalan cerita yang menarik, plot yang simple dan mungkin agak kurang action compared sequel sebelum ni. Walaubagaimanapun sangat berbaloi untuk tengok sebab komedi bersahaja lakonan Rowan Atkinson ni pasti buatkan korang gelak sakan di panggung.Serius memang best untuk hilangkan stress bila layan movie ni.

Pengajaran dari  filem Johnny English Strikes Again ini adalah jangan pandang rendah pada orang lain, dan jangan terlalu memandang tinggi pada orang yang berjaya. Kita tidak tahu, satu hari kita akan perlukan bantuan mereka. Dan juga pentingnya keyakinan diri untuk mencapai sesuatu dalam hidup, walau kadang-kala kita kurang yakin, tapi jangan tunjuk pada orang lain yang kita sebenarnya ragu-ragu. Just be CONFIDENT!  Lagi satu, jangan bergantung sangat kepada teknologi, bila takde letrik satu benda pun tak jadi, bila handphone rosak semua planning pun terabur. Sentiasa ada back up plan.

Huda bagi 4 bintang untuk filem Johnny English Strikes Again!
Maybe akan repeat lagi tengok dengan anak-anak pula , tapi kat rumah jer la nanti, hehe..



Paling penting sekali, kami enjoy spend time dating berdua without the Kids. Feel like old days. Movie time always be our time! Dan suka sangat tengok wayang di TGV, harga tiket murah, seat pun best! Lepas ni kena "puasa" dari tengok wayang sebab cuti kena bekukan demi penuhkan tabung year end holiday yang panjang......





Post a Comment

0 Comments