Nasi Ayam RM1.90, Murah yer! - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Nasi Ayam RM1.90, Murah yer!

Nasi Ayam RM1.90, Murah yer!

Share This

Nasi Ayam RM1.90, Murah yer! | Siapa pernah makan nasi ayam harga bawah RM2.00?? Mustahilkan nak dapat harga macamtu. Tapi, memang wujud tau harga nasi ayam yang semurah RM1.90 jer!!

Betul ni.. huda mula-mula masuk kedai ni pun macam tak percaya. Pelik pun ada gak. Takkan jual nasi ayam semurah tu. Terbayang mesti nasi sikit dan ayam kecil jer ni. 

Namun sangkaan huda meleset sama sekali! Korang tengok ni. Nasi yer banyak gak la, cukup sangat untuk huda makan, ayam pun takde la kecil sangat. Sup ayam pun ada, sedap pulak tu. 







Unik yer di sini, korang boleh tuang sos sendiri. Macam huda yang suka makan nasi ayam extra sos, memang terbaik la. Sos nasi ayam di sini agak manis. Yerlah kan , dah nama pantai timur, semua benda manis kat sini. 


Jom tengok harga menu makannan di  kedai Nasi Ayam RM1.90 yang terletak di Kuala Besut , Terengganu. 





Murah sangatkan? Huda setiap kali ikut suami outstation ke Kuala Besut, mesti ajak satu family lunch kat sini. Puas hati sangat-sangat. Kedai makanan ini pun dalam kategori bersih . Okaylah tu, nak makan pun rasa selamat. 



Okay korang, jika korang berkunjung ke Kuala Besut, jangan lupa try nasi ayam RM1.90 yang bukan sekadar murah, tapi sedap! Berbaloi-baloi tau try. 


7 comments:

  1. Semalam makan kat sini Huda. Kalau balik Besut memang akan singgah. Mana nak dapatkan harga mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh lynda ada kampung kat besut ke. ingat kg kat KL jer, hehe

      Delete
    2. Belah ayah dok Besut. Belah mak kat KL.. hehe

      Delete
  2. Wah...mana nak dapat kat KL ni harga macam tu kan..kalau yg special tu pun dah murah giler dah tu ha...murahnya makanan kat Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah sangat, kedai ni dekat dengan sempadan kelantan dan terengganu

      Delete
  3. Replies
    1. memang, murah sangat. best boleh jimat banyak makan kat sini

      Delete

Post Bottom Ad

Pages