Trip ke Penang dengan Famili - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Trip ke Penang dengan Famili

Trip ke Penang dengan Famili

Share This
Hai korang semua… Pagi ni huda cek calendar, eh ada cuti sekolah la bulan depan. Korang dah ada plan ke nak pergi mana nanti? Untuk yang masih takde perancangan tu, meh laa huda share plan huda untuk bercuti dengan family. Mana tau, kot-kot korang boleh dapat idea untuk isi masa sepanjang musim cuti nanti. Takyah susah-susah buat research sana-sini. Boleh pakai itinerary huda je. Jimat masa dan tenaga korang =) 

Nak pegi mana? Haa untuk kali ni, kami sekeluarga akan ke Pulau Pinang! Huda memang rindu giler nak pergi Pulau Pinang tau. Last time pergi ke Pulau Pinang masa awal-awal kahwin dulu, lebih kurang 6 tahun lepas. Masa tu pergi berdua jer. InshaAllah kali ni, kami pergi berempat! Excited yer!!! 



Dulu pergi ke Penang, suami huda drive. Bila ingat balik memang penat. Banyak kali juga berhenti, sebab driver mengantuk dan letih. Leceh kan nak drive dengan jarak yang jauh ni. So kali ni, jom Kita terus je fly Kuala Lumpur to Penang. Takyah penat-penat. Dengar cerita Traveloka ada buat banyak promo tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Penang. Lagi-lagi time ada special occasions. Haa time tu la I grab peluang untuk beli awal-awal tiket flight and book hotel sekali. Diskaun kaw-kaw. Memang berbaloi. Dah setel bab tiket and hotel. 

Itinerary Trip ke Penang 


Okay sekarang huda nak kongsi itinerary huda pada korang. Huda setiap kali travel suka rancang betul-betul nak buat apa, supaya trip holiday dengan family sentiasa sempurna. 

Hari Pertama 



Touch down je kat airport Bayan Lepas, kami plan untuk naik Grab terus ke Shamrock Beach Villas 12 yang terletak berhampiran Pantai Batu Ferringhi. Untuk pengetahun korang, Grab adalah transportation mode yang paling reasonable dan mudah didapati di mana-mana tempat di Penang. Check in je ke bilik, kami akan ambil sikit masa untuk rehat. Faham-faham jer bila travel dengan anak-anak kecil ni, kita kena bagi anak-anak rehat dulu. Lepas dah recharge bateri anak-anak, baru boleh keluar untuk bersiar-siar ambil angin petang kat Batu Ferringhi. Mesti hilang stress dapat tengok lautan yang luas. Haish…tak sabar pulak rasanya nak tunggu cuti nanti.





Menjelang malam, kami akan pasar malam Batu Ferringhi untuk cari dinner. Tema makan malam pada hari tersebut adalah street food. Menurut apa yang huda baca kat blog-blog lain, ramai yang suggest untuk cuba char koew teow dan rojak pasembor yang dijual oleh penjaja-penjaja kat situ. Assam laksa pun tak boleh miss. Mesti kena cuba. Haih, telan air liur sambal type niii. Terbayang kesedapan street food di Penang. Selain tu, korang juga boleh shopping souvenir untuk dibawa pulang. Banyak barangan dijual dengan harga murah.. Pandai-pandai la tawar-menawar yee.

Hari Kedua 

Keesokannya pula, selepas bersarapan, kami akan terus menuju ke Penang Botanic Gardens, atau nama lainnya, Waterfall Gardens. Taman ni merupakan tempat yang ideal bagi mereka yang sukakan tumbuh-tumbuhan. Sambil hirup udara segar kat sini, korang juga boleh cuci mata tengok keindahan macam-macam jenis pokok dan banyak monyet-monyet comel. Haa, janganla pulak bawak makanan ye. Nanti kang kena serbu pulak dengan monyet-monyet kat siniii. Kalau ada masa lebih, bolehla singgah ke air terjun yang terdapat di sini. Bestnyaa, dapat celup kaki pun jadilaa. 


Dari sini, kami akan ke Ayer Itam untuk pekena Nasik Kandar Kampung Melayu. Orang cakap kena pegi awal, kang habis. Haaa. Walaupun terletak di tingkat bawah flat kos rendah Kampung Melayu di sini, kedai ni tak putus-putus dikunjungi orang ramai. Sampai kena beratur. Haaa sebab tu huda bagitau awal-awal tadi , tak boleh lambat. Kalau tak, kempunan nanti ;p 


Destinasi seterusnya lepas selesai makan tengahari ialah Penang Hill atau lebih dikenali dengan nama Bukit Bendera. Kat sini, boleh la ambil gambar banyak-banyak sebab surroundingnya yang cantik, aman dan damai. Terdapat juga banyak spesis burung yang ada di sini. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti bird watching kan. Lepas tu, bolehla pekena ais krim kat atas tu sambal feeling ambik gambar. Waaah, bestnyaaa. 

Hari Ketiga 

Untuk last day di sini, kami mulakan hari dengan mandi-manda kat Pantai Batu Ferringhi. Time nii dapat la lepas gian nak berenang. Kalau korang plan untuk spend banyak masa kat sini, boleh la try banana boat atau parasailing yang dikendalikan oleh operator-operator kat pantai ni. Habis mandi, kami akan balik semula la hotel untuk pack up dan get ready untuk balik ke KL. Selesai percutian 3 hari 2 malam di Pulau Pinang. Singkat tapi padat. Orang putih cakap short but sweet. Hihi. Untuk yang ada suggestion best lain, korang boleh tinggalkan komen ye. Nanti huda check. Anyway, thank you sudi baca perkongsian huda kali ni. Jumpa lagi dalam next post. Selamat berhujung minggu gaisss!! 

21 comments:

  1. Alaaa lamanya dah tak pi Penang, wishlist 2019 ni.

    ReplyDelete
  2. banyak tempat sekarang dekat Penang..macam-macam ada..bolehla pergi nanti..nak tempah dengan traveloka hotel nanti..ehehe

    ReplyDelete
  3. Best nyer pergi jalan2 Pulau Pinang. Kalau orang Kedah kata Tanjung. Hehe. Kalau ke Penang mesti Singgah Mee Udang Ayu kat Teluk Kumbar. Sedap. Kena plan la cuti sekolah ni nak pergi jalan jalan mana...

    ReplyDelete
  4. seronoknya bercuti. last kami sekeluarga becuti ke penang tahun 2013. lama juga. nantinak repeat. paling best tentang penang tentulah makannanya!

    ReplyDelete
  5. Penang memang tempat yang best untuk pergi. Nak nak tempat makan dia. Memang kalau pergi 3h2m pun tak sempat nak habiskan semua tempat

    ReplyDelete
  6. seronoknya kalau dapat pegi sana. banyak tempat menarik tu.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. Lama akak tak pi Penang..entah bila nak repeat pi syurga makanan tu..kali nak pi berdua jer ngan anak dara akak..harap tertunai la hasrat di hati..

    ReplyDelete
  8. bila tengok orang update bercuti ke Penang,teringin rasanya nak kesana,yelah,bak kata orang,Penang syurga makanan..So tengah buat tabungan untuk ke sana...

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai dan jejalan di Penang. Teringin nak pergi sana. Tapi lagi syok nie dengan traveloka

    ReplyDelete
  10. Baru terpikir nak ke Penang next week, tapi tak tahulah jadi ke tidak..hotel pun belum booking lagi ni..hehehe. Syiok je tengok orang jenjalan kat sana..makanan kat sana pun sedap2 kan..ummm harap2 jadi lah sis ke Penang nanti

    ReplyDelete
  11. Travel ke Penang, perut mmg kenyang setiap masa. Maklumlah kat sana byk menu sedap yang wajib dicuba..nasi kandar.mi sotong.rojak pasembor. dan banyakkkk lagi

    ReplyDelete
  12. Belum habis explore Penang lagi... lepas ni akan menyusullah, Dalam Malaysia ada banyak tempat menarik yang boleh kita lawati bersama family. Penang tempat makan pon banyak sedap-sedap! sukanya...

    ReplyDelete
  13. Welcome to Penang...org Penang pulak tengah plan nak keluar Penang cuti sekolah nanti..huhuhu

    ReplyDelete
  14. Wahh kenapa Tak roger2 Ika bila datang Penang. Boleh Kita jumpa.Next time datang Ika boleh tunjukkan tempat yang menarik di sini.

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yang bagus. Cuma kalau diselitkan dengan gambar huda bercuti baru nampak real. Sebab semua gambar dari google ni kena letak url kredit. Untuk langkah berjaga-jaga dari kena saman. Walaupun ada watermark. By the way, Penang ni memang lokasi hot spot. Akak suka kalau bercuti di semenanjung ke penang atau melaka. Sebab food heaven. Haha

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak pergi penang, paling rindu makan masakan nasi kandar di sana. Memang noltalgia

    ReplyDelete
  17. Mama kurang gemar pergi penang sebab trafik jam nya teruk sangat. Kalau belah sebarang perai ok lagi. Tapi makanan dia memang sedap

    ReplyDelete
  18. Seronok huda dapat berjalan selalu.

    ReplyDelete
  19. Rawlins tak pernah lagi naik flight kalau ke Penang - sebab suka stop sepanjang jalan kalau drive ke Penang. Banyak makanan yang best. And paling best - Rawlins tak lagi sampai kat Bukit Bendera. Haha

    ReplyDelete
  20. mmg best klo travel penang..mcm2 tmpt boleh pergi..sy mcm nk repeat pegi sana lagi..😊🤗

    ReplyDelete
  21. Enjoy your time in Penang, if go to Penang mesti makan makan and makan coz there are so many food to try.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages