Travelog Percutian di Pulau Perhentian - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Travelog Percutian di Pulau Perhentian

Travelog Percutian di Pulau Perhentian

Share This
Alhamdulillah. Allah permudahkan perancangan huda yang sudah banyak kali tertunda atas sebab yang tak dapat di elakkan. Akhirnya pada 18 Julai - 20 Julai 2018, huda dan keluarga berjaya jejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Jom baca perkongsian itinerary percutian huda selama 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian

Travelog Percutian di Pulau Perhentian

Hari Pertama

Bangun pagi dengan penuh semangat dan harapan. Jujur...  ada rasa takut nak bawa anak-anak ke pulau buat pertama kali dalam hidup ni. Double triple check barang-barang, rujuk checklist berulang kali pagi tu. Settle semua packing barang, huda masak bihun goreng untuk breakfast. Bawa bekal breakfast di taman. Waktu sebenar untuk sampai ke Kuala Besut dari Kuala Terengganu lebih kurang 2 jam. Tapi Mr A ada kerja , jumpa client dia di area Besut pagi tu, jadi kami just tunggu dalam kereta.
Bergerak dari Kuala Terengganu ke Kuala Besut dalam pukul 7.30 pagi. Singgah breakfast di taman area Besut pukul 9.00 pagi dan The Arifs main di playground sambil makan. 

Mr A habis kerja dalam pukul 12 tengahari. Terus bergerak cari kedai MR DIY sebab huda nak beli topi pantai dan beach toys untuk The Arifs. Lepas shopping di Mr DIY, pergi ke kedai ECO, beli stok bekal makanan untuk bawa ke pulau.


Lebih kurang pukul 1.30 pm kami sampai di Jeti Kuala Besut. Agak terkejut pertama kali sampai sini ada beberapa motor yang tahan. Rupanya orang nak cari pelanggan untuk tempat parking. Mereka  tahan kereta dan tanya booking dengan travel agent mana, kemudian tunjukkan jalan ke tempat parking. 

Kami parking kereta dengan Syah Island Parking , parking kereta berbumbung RM10 untuk 1 hari. Kami pergi ke pulau selama 3 hari, makan kena caj RM30. Bagus parking kereta kat sini, sebab 24 hour guard, jadi boleh bercuti kat pulau dengan senang hati. Kadar caj parking di kira dari tarikh masuk hingga tarikh keluar.
Syah Island Park 
014-8455553, 017-9354773


Kadar Parking 
Kereta : RM10/hari 
MPV : RM15/hari 
Mini Bas : RM15/hari 
Bas/ Lori: RM20/hari 


Selesai parking kereta dan keluar semua beg untuk bawa ke pulau, kami semua pergi ke Pejabat Kuala Besut Travel and Tour. Huda sudah tempah 2 way boat transfer dengan pihak Arwana Resort. Mereka suruh kami tunggu di sini sebelum menaiki bot ke Pulau Perhentian. Selepas mendapat confirmation tentang boat yang bakal kami naiki, kami letakkan semua barang di pejabat ni dan keluar makan lunch di kedai makan bersebelahan dengan Kuala Besut Travel and Tours. 


Lunch di kedai makan belakang Kuala Besut Travel (RM17.00)

Waktu yang di nanti telah tiba. Kami semua sedia nak bergerak ke Arwana Resort dengan menaiki speed boat. 

Naik boat dari Jeti Pulau Perhentian pukul 2.15 pm, dan sampai Arwana Resort pukul 3.00 pm.

Check in bilik kami Deluxe Family Room, Arwana Resort di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar 
Harga bilik sahaja, without meal adalah RM299/per night. Mujur grab promosi awal tahun haritu, jadi RM505 sahaja untuk 3 hari 2 malam dan 2 way boat transfer.  Saranan huda kalau korang nak datang sini, tempah ketika waktu promosi. Macam huda, tempah masa awal tahun, ada promosi 50% diskaun. Memang berbaloi sangat. 

Semua kepenatan travel naik kereta few hours dan naik speed boat yang agak laju. Rehat dan lepas solat asar baru keluar dari bilik.

Aktiviti pertama di Pulau Perhentian, main pasir dan mandi pantai.Lepas mandi, makan burger (RM 5.00 ) sambil layan permandangan indah di Pulau Perhentian.



Sementara anak-anak dan suami enjoy main di tepi pantai, huda berjalan di sepanjang Teluk Dalam, mencari pakej snorkeling yang paling berbaloi ( paling murah, hehe...) . Tengok sekali imbas semua rate sama sahaja. RM35 per trip, dan kanak-kanak dikenakan caj 50% dari kadar dewasa. Alhamdulillah, rezeki huda jumpa trip snorkeling paling murah. RM30 sahaja untuk dewasa dan kanak-kanak FREE of Charge!! Yeay, happy berjaya misi dapatkan trip snorkeling paling murah di sini. Total RM60 sahaja untuk snorkeling trip kami berempat esok hari. Best kan? Dapat Jimat banyak jugak tu...

Kadar caj water taxi di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. 

Balik bilik dalam pukul 6.45 petang . Lepas solat kami sekeluarga rehat, recharge tenaga untuk snorkeling esok hari.

Hari Kedua

Seawal pukul 6.30 pagi huda dan suami dah keluar dari bilik kami dan bergerak ke jeti.  Nak hirup udara pagi dan menanti matahari terbit. Di Arwana Resort tak dapat nak tengok sunrise atau sunset kat laut,matahari di sebalik bukit jer boleh tengok. So next trip ke Pulau Perhentian huda nak stay di resort yang boleh tengok sunset atau sunrise. 



Pukul 7.30  pagi balik semula ke bilik, breakfast instant koko crunch, dan minum air kopi segelas. Kejut anak-anak bangun breakfast dan mandi, bersiap sedia untuk pergi snorkeling. 

Pukul 9.45 pagi keluar dari Arwana Resort menuju ke Perhentian Cabana Cafe & Campsite, tempat huda tempah snorkeling trip semalam. Jarak dari Arwana Resort ke sini dalam 10 minit. Bermula 10 pagi sehingga 2.30 petang :, kami enjoy Snorkeling Trip yang pertama  dalam sejarah hidup kami. Alhamdulillah, impian nak snorkeling terlaksana jua akhirnya.
Snorkeling point yang dapat pergi Taman Laut, Teluk Keke, Fish point, Shark Point. Turtle point tak dapat pergi sebab laut bergelora kat situ. Sedih , tak dapat tengok turtle... ( So ada alasan nak kena repeat lagi , hehe... )




Berhenti lunch di Kampung Nelayan. Total lunch expenses RM29 untuk kami anak beranak. Sampai hari ini teringat kat sotong goreng kunyit. Terasa sangat sotong fresh, isi lembut, rasa sedap sungguh. Best sangat lunch kat sini.  

Selepas balik snorkeling ,  rehat di bilik sampai asar. Aktiviti petang main pasir di tepi pantai Arwana Resort. 




Pukul 7 petang , bersiap-siap untik dinner ala carte di Arwana Café. Antara menu yang kami makan :-
Set Roti Canai (2pcs) + Teh Tarik : RM6.00
Set Chicken Chop + Lime Juice : RM15.90
Nasi Goreng Kampung : RM16.00


Lepas dinner singgah souvenir shop, beli poskad untuk kawan. – (RM2.00)



Hari kedua di Pulau Perhentian yang sangat indah, akan ingat sepanjang hidup kami. 

Hari Ketiga


Sama seperti semalam, seawal 6. 40 pagi, huda dan suami keluar dari bilik menuju ke jeti untuk menikmati suasana pagi Arwana Resort. Sedih nak balik dah hari ni....

Aktiviti pertama di hari ketiga kami di Pulau Perhentian adalah main kayak di laut.
Seawal jam 8.00 pagi  Huda berkayak bersama Encik Suami di Teluk Dalam, Pulau Perhentian. (RM15.00 for 2 pax, 1 hour)


Pukul 9 am, kami balik bilik, amik anak-anak yang baru bangun tidur dan bersiap ke pantai. Light breakfast , biskut dan kek Apollo jer. 
Pukul 9.15 am kami mula snorkeling di Teluk Dalam , Pulau Perhentian. Sewa snorkeling set RM10 per set. Jadi habis RM20 untuk 2 set, huda dan suami. Anak-anak memang takde snorkeling set yang kecik, semua untuk dewasa jer. So next time pergi pulau, huda kena bawa siap-siap snorkeling set untuk anak-anak. 


Di sini air tak jernih, coral pun banyak mati. Ikan ada sikit jer, dan ikan macam takut dengan orang, tak jinak macam di Teluk Keke. Di sini, kejadian tidak diingini berlaku, kaki huda terluka sebab tersepak coral, huhu. Naik ke darat dan bergerak balik ke Arwana Resort selepas hampir sejam snorkeling di sini.

Pukul 10.20 pagi sambung aktiviti main air dengan swimming di Arwana Resort. Selepas hampir sejam main air di swimming pool, kami balik ke bilik yang hanya beberapa langkah dari pool. Bersiap-siap untuk check out.


Pukul 12.20 : Naik boat dan balik ke Jeti Kuala Besut. Alhamdulillah,  untuk balik ke jeti Kuala Besut, kami naik boat yang agak besar berbanding sebelum. Jadi kurang rasa hentakan setiap kali dilambung ombak. Anak-anak siap boleh terlena dalam bot kali ni. 

Alhamdullillah pukul 1.00 petang sampai ke Jeti dan terus ke parking kereta kami dan cari masjid untuk Encik Suami Solat Jumaat.

Selesai sudah percutian 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian. 18 Julai hingga 20 Julai 2018. Kenangan terindah yang tercipta di sini pasti kekal dalam ingatan kami seumur hidup. Semoga murah rezeki untuk jejakan kaki untuk kali kedua kelak.

=====================================
TOTAL KOS HOLIDAY PULAU PERHENTIAN

Parking Kereta : RM30.00
Accommodation at Arwana Resort + 2 way Boat Transfer : RM505.00
Lunch day 1 : RM17.00
Burger : RM5.00 x 4 pax = RM20.00
Snorkeling Trip : RM60.00
Lunch Day 2 : RM29.00
Dinner Arwana Café : RM52.50
Poskad Arwana : RM2.00
Kayak : RM15.00
Snorkeling Set Rental : RM10.00 x2 = RM20.00
=========================
TOTAL EXPENSES : RM750.50
=========================

24 comments:

  1. Menariknya. Tak pernah lagi sampai ke sini. Kalau ada rezeki nak include perhentian atau redang dalam list percutian akan datang.

    ReplyDelete
  2. Interesting. Syira tak boleh kena air laut. Teringin tapi alergik 😂 mampu tengok ja

    ReplyDelete
  3. Seronoknya berjalan ke pulau.

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaaaa pulau perhentian! Belum pernah pergi lagi. InshaAllah nanti nak bawak family bercuti kat sini jugak la :)

    ReplyDelete
  5. Best nya cuti-cuti dekat pulau. Teringin nak pergi pulau sebab tak pernah pergi. Kena rajin survey harga kan. Kita murah juga total expenses untuk 3D2N.

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pergi pulau perhentian. Tapi tak pernah sampai lagi. One day nak buat trip pergi sini. 4 days would be nice trip here.

    ReplyDelete
  7. Memang mencari jugak apa aktiviti yang boleh buat dekat perhentian. Dulu awal tahun ni ada plan nak pergi honeymoon bawak anak ke pulau perhentian. Dah survey macam-macam benda dan aktiviti. Sekali pregnant alahan memang teruk. Terus cancel nak pergi jalan-jalan tahun ni hahahah

    ReplyDelete
  8. tak pernah sampai lagi kat pulau perhentian ni.,next trip nak ke sini lah

    ReplyDelete
  9. It's ages since I last went pulau perhentian.. one and only time but sweet memories...

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa..nak kene pergi ni..lagi-lagi snorkeling tu..haishh rindu haritu bercuti dekat pulau pangkor..ni nak pergi pulak la pulau perhentian..tenang je tempat..tunggu anak besar la..

    ReplyDelete
  11. Bestnya..kalau dapat snorkeling macam huda kan..pandai huda cari harga murah..akak tunggu anak dara betul2 free baru bleh plan cuti berdua..tapi rasanya kena ada org lelaki jugak kalau nak bercuti ke pulau kan..

    ReplyDelete
  12. havent been to Pulau Perhentian before but there has been good review from everyone. Thanks for the details info on the pulau Perhentian tips. Your kids look like they are having so much fun.

    ReplyDelete
  13. Bestnya, lama dah teringin pi Pulau Perhentian tapi belum ada rezeki.

    ReplyDelete
  14. Walaupun kampung kami di Besut, tak berani lagi nak bawa anak ke Pulau Perhentian ni..nanti boleh jadikan post ni sebagai rujukan

    ReplyDelete
  15. Salam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog sis huda. Mama memang teringin nak singgah pulau perhentian

    ReplyDelete
  16. Wah seronokmya pergi pulau perhentian. Lawa sangat

    ReplyDelete
  17. Wah bestnya bercuti ke Pulau Perhentian. Mimi belum pernah sampai lagi. Nampak best dan seronok pulak cuti kat sana. Boleh mandi sambil main dengan ikan

    ReplyDelete
  18. Wow bestnye huda... Teringin nak pergi pulau perhentian.. Sama la ada rasa takut sebab anak kecik.. Hehe

    ReplyDelete
  19. Teringinnya pergi pulau perhentian. Dari dulu lagi. Murah jugak rate utk parking kereta ya. Okay boleh jdikan rujukan nie nanti

    ReplyDelete
  20. Wow boleh tahan harganya sangat berpatutan lah kita tak pernah sampai sana lagi hehehehe bila masa nak pergi jalan pulau lagi ni yer huhuhuhu....

    ReplyDelete
  21. rindunya perhentian. dah dekat 2 tahun dah x jejak kaki ke sana. Tempohari pun pergi musim hujung tengkujuh

    ReplyDelete
  22. Kena pi sana la sbb tak jauh dari tanah merah ni.

    ReplyDelete
  23. Rindunya nak bercuti ke Pulau. Memang ada plan nak bercuti ke perhentian dengan kawan2 ni. Tengah survey pakej Yang mana berbaloi.

    ReplyDelete
  24. tak pernah sampai pulau perhentian.nak plan bercuti di pulau ni lah..

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages