Tips Elakkan Penyakit HFMD - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Tips Elakkan Penyakit HFMD

Tips Elakkan Penyakit HFMD

Share This
Terkini wabak HFMD( Hand, Foot and Mouth Disease) semakin menular dan membimbangkan rakyat Malaysia. Korang tahu tak? Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 28 Julai 2017 total 37,986 kes, 1,093 kes wabak, 539 premis ditutup tadika, pra sekolah, sekolah dan kelas. 9 sekolah ditutup, 7 di P.Pinang, 1 di Pahang dan 1 di Sabah. 


Apa itu Penyakit HFMD? 



Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Kredit : www.moh.gov.my

Tips Elakkan Penyakit HFMD 

Sebagai ibu bapa kita semua WAJIB amalkan langkah-langkah pencegahan. Tips paling utama untuk elakkan penyakit HFMD ini dari dijangkiti oleh anak-anak adalah dengan elak membawa anak-anak ke tempat tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar malam atau taman permainan. Juga elakkan bawa anak-anak mandi di kolam renang terbuka yang boleh menjadi salah satu punca virus merebak dengan mudah. 


Kemudian amalkan langkah pencegahan penyakit HFMD seperti yang di sarankan KKM

1. Jaga kebersihan diri
2. Amalan cuci tangan yang betul
3. Penjagaan kebersihan persekitaran
4. Saringan di pintu masuk (taska , pra-sekolah dan sekolah)
5. Disinfeksi / nyahkuman permukaan tercemar. 

Ada kenalan huda di facebook muat naik gambar dan cerita disebalik kejadian anak beliau dijangkiti penyakit HFMD selepas berkunjung ke shopping mall terkenal di ibu negara. Huda jadi makin takut nak bawa anak-anak keluar rumah sekarang. Penyakit HFMD ini dah diklasifikasikan sebagai penyakit epidemic di Malaysia, jadi semua orang terutama ibu bapa yang ada anak kecil harap dapat lebih berhati-hati.  Semoga Allah lindungi anak-anak kita dari virus penyebab HFMD ini, InshaAllah. 



No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages