MALAYSIA AIRPORTS RAI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN DAN PERADUAN MENYERONOKKAN - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

MALAYSIA AIRPORTS RAI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN DAN PERADUAN MENYERONOKKAN

MALAYSIA AIRPORTS RAI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN DAN PERADUAN MENYERONOKKAN

Share This

Pengunjung di KLIA dan klia2 kini boleh menikmati siaran langsung perlawanan Piala Dunia, manakala pelanggan yang membeli-belah di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KL berpeluang memenangi hadiah menarik berjumlah RM60,000 dengan menyertai Peraduan Piala Dunia yang dianjurkan oleh Malaysia Airports. 

Kemasukan untuk menonton siaran langsung perlawanan adalah percuma, dan perlawanan-perlawanan ini boleh disaksikan di skrin besar dalam satu ruang berhawa dingin yang dilengkapi dengan permaidani lembut dan ‘bean bag’ bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. Lokasi siaran langsung in adalah di KLIA berdekatan kawasan pentas di Aras 5 di bangunan terminal utama. Di klia2, lokasi sebegini terletak di Aras 3A. Siaran langsung yang disediakan ini bersesuaian dengan peminat-peminat bola sepak yang tidak mahu terlepas menyaksikan pasukan kegemaran mereka, sementara menunggu waktu penerbangan atau selepas ketibaan di lapangan terbang.

Dengan membelanjakan minimum RM250 di mana-mana kedai barangan runcit dan restoran di KLIA atau klia2, pelanggan yang membeli-belah boleh menyertai Peraduan Piala Dunia Malaysia Airports, yang diadakan sempena penganjuran acara sukan terbesar di dunia ini.

Untuk menyertai Peraduan Piala Dunia Malaysia Airports, pelanggan dikehendaki mengemukakan resit pembelian, isi maklumat peribadi di dalam borang penyertaan dan ambil bahagian dalam salah satu daripada tiga aktiviti permainan yang disediakan.

Tiga aktiviti permainan ini termasuklah permainan bola sepak realiti maya (VR) yang boleh didapati di KLIA dan klia2. Permainan ini membolehkan peserta merasai pengalaman sebenar berada di padang bola sepak.

Peserta juga boleh memilih untuk bermain The Score Board, yang boleh didapati d KLIA sahaja. Dalam permainan ini, peserta akan diberi 5 peluang untuk menjaringkan gol sekurang-kurangnya 2 kali kearah lubang yang disediakan.

Selain itu, peserta juga boleh memilih untuk menyertai permainan yang mencabar kemahiran diri, iaitu Keepy Uppie yang boleh didapati di KLIA dan klia2. Para peserta dikehendaki menjugel (juggle) sebiji bola selama 60 saat hanya dengan menggunakan kaki dan kepala. 

Selepas mengambil bahagian dalam aktiviti permainan, setiap peserta perlu menjawab soalan ringkas di dalam borang peraduan. Pemenang akan dimaklumkan setelah kempen ini tamat.

Sejumlah 20 hadiah untuk dimenangi iaitu:

Hadiah pertama - Laptop XPS 13 (9370) 

Hadiah kedua - Tablet Inspiron 13 7000 2-in-1 

Hadiah ketiga - Laptop Inspiron 13 5000 

Hadiah keempat - Monitor Dell 27 S2718D


Terdapat 16 hadiah saguhati untuk dimenangi terdiri daripada 8 unit penyesuai bergerak (mobile adaptor) Dell DA300 USB-C dan 8 unit Dell Power Companion. Semua hadiah ini ditaja oleh Dell.

Pengurus besar kanan Malaysia Airports bagi perkhidmatan komersial Nazli Aziz berkata, Peraduan Piala Dunia ini merupakan salah satu daripada siri aktiviti yang telah disusun sejak bulan Mei lalu sehingga penghujung tahun ini.

“Aktiviti-aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan aktiviti membeli-belah di terminal lapangan terbang ke arah meningkatkan pengalaman pengunjung di terminal lapangan terbang. Kami juga ingin menjadikan terminal lapangan terbang sebagai destinasi membeli belah menyeronokkan dan memberi banyak kelebihan kepada pelanggan.

“Pada masa hadapan, kami berharap para pengunjung yang singgah atau melalui terminal lapangan terbang kami boleh merasai ‘sense of place’ atau perasaan terhadap sesuatu tempat, khususnya di lapangan-lapangan terbang kami menerusi penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan pelbagai tarikan yang disediakan untuk keseronokan pengunjung,” kata Nazli.

Beliau turut menambah bahawa, aktiviti-aktiviti lain yang akan dianjurkan untuk meningkatkan pengalaman pengunjung di lapangan terbang termasuklah pelancaran kempen Bola Sepak Hugo Boss 2018 sempena pengenalan wangian baharu Boss Bottled United. Kempen ini mengetengahkan bintang bola sepak terkemuka seperti Julian Draxler, Philippe Coutinho, Harry Kane dan Alvaro Morata. Pengunjung dijanjikan dengan keseronokan dimana mereka boleh menyertai permainan ‘foosball’ atau menikmati pengalaman VR di kedai Hugo Boss. Boss Bottled United boleh didapati dengan saiz berikut; 100ml dengan harga RM333.00 dan 200ml – eksklusif untuk melancong dengan harga RM465.00. Promosi ini berlangsung seiring dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena Piala Dunia, bagi mewujudkan kemeriahan untuk perlawanan-perlawanan bola sepak lain yang akan disiarkan.

Tidak lama lagi pada tahun ini, pengunjung bakal menyaksikan satu kempen membeli-belah yang bermula bulan ini dan beberapa lagi kempen yang akan berlangsung sempena musim-musim perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia seperti Deepavali dan Krismas.

Latarbelakang Malaysia Airports



Malaysia Airports adalah salah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi jumlah penumpang yang dikendalikan. Ia mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki. 39 lapangan terbang di Malaysia terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 Pangkalan Berlepas dan Mendarat dalam Jarak Pendek (STOLports). Lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, yang juga menempatkan klia2, terminal terbaik ke-4 yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan tambang murah (seperti yang diberi penarafan oleh Skytrax untuk tahun 2018) sedang berusaha untuk menjadi hab penerbangan global yang lebih digemari. Kedua-dua anugerah pemasaran terbaru yang dimenangi oleh Malaysia Airports di Route Asia 2018 yang berprestij bagi kategori “Overall” dan “Over 20 Million Passengers” adalah bukti kepada komitmen organisasi dalam menyediakan sambungan terbaik di semua lapangan terbangnya. Sejak sekian lama, Malaysia Airports dan lapangan-lapangan terbang yang diuruskan juga menerima pelbagai anugerah lain yang mengiktiraf komitmen ke arah kecemerlangan dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan, pendekatan, tanggungjawab korporat dan tadbir urus.



Malaysia Airports Holdings Berhad merupakan syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Malaysia”)



Untuk maklumat lanjut mengenai MAHB, please visit www.malaysiaairports.com.my. 

Ikuti MAHB di Twitter @MY_Airports, Facebook @Malaysia Airports & Instagram @MalaysiaAirports


1 comment:

  1. ini peminat2 football msti suka ni.. memang demam world cup skrang ni =)

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages