Kronologi Pembunuhan Adam oleh Pengasuh Durjana




Assalamualaikum. Salam pagi Rabu, 4 Julai 2018. Rata-rata hari ini, laman media sosial dan whatsapp sedih dan kecewa selepas penularan berita tentang kematian menyayat hati seorang bayi lelaki berusia 5 bulan yang kononnya diculik oleh individu tidak dikenali rupanya sudah meninggal dunia di rumah pengasuh. 


Jom huda kongsi kronologi kisah yang menyayat hati semua rakyat Malaysia hari ini. 


Kronologi Pembunuhan Adam oleh Pengasuh Durjana



1. 6.30 petang ( 3 Julai 2018) : Bayi Adam Rayqal di laporkan oleh pengasuh, telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada bayi.




2. Pukul 9.00 malam ( 3 Julai 2018) : ibu dan bapa kandung Adam Rayqal telah membuat laporan polis akan kehilangan Mohammad Adam Rayqal.






3. Pukul 11.00 malam ( 3 Julai 2018)  : polis telah pergi ke rumah pengasuh kerana terdapat keraguan di dalam keterangannya. Polis menemui mayat Adam Rayqal di dalm peti ais bahagian dingin beku.





4. 2.30 pagi ( 4 Julai 2018) : keluar berita bahawa Adam Rayqal telah meninggal dunia dan ditemui didalam peti ais di rumah pengasuh.




Huda check facebook dalam pukul 3 pagi tadi, sangat-sangat terkejut dengan berita ini. Remuk dan luluh hati seorang ibu yang mengandungkan 9 bulan 10 hari bila melihat kesudahan anaknya begitu. 
Sungguh ia memberi kesan yang dalam ke atas semua ibu yang membaca kisah Adam ini. 


Namun, huda sangat kagum dengan status Ibu kepada Adam. Walau satu Malaysia kecam, maki, sumpah seranah si pengasug durjana tu...namun, Allah hadiahkan ketabahan luar biasa untuk si ibu.. 







Huda sendiri tengok muka pengasuh ni pun rasa....entah la. Tak baik kita menghukum orang, biarlah kerja polis kat dunia ni menghukum, dan kerja Allah pula menghukum di akhirat kelak. Sejauh mana pun kita kecewa dan sedih, jaga adab dalam berkata-kata. 










Dilema seorang ibu, terpaksa memilih kerjaya dan wang ringgit demi membnatu suami dan keluarga. Bukan senang nak buat keputusan ini. Terpaksa menghantar anak kepada pengasuh tanpa usul periksa mungkin kerana tiada rezeki bertemu pengasuh yang terbaik, dan harga berpatutan. Kita tidak tahu apa kisah disebalik kejadian menyayat hati, jadi berhenti menghukum si ibu dan ayah yang menghantar anak syurga kepada pengasuh "fake" ini. 


Teringat 7 tahun lepas, betapa hati ini teramat berat untuk lepaskan anak sulung huda kepada pengasuh. Paranoid dengan kes-kes kematian yang semakin tular ketika itu. Huda nekad ambil keputusan tinggalkan segalanya. Pengorbanan yang perit, dengan tanggapan keluarga, dipandang sebelah mata, layanan berubah, kesesakan ekonomi dan macam-macam lagi dugaan. Namun huda percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sama-sama kita buka mata hati lihat hikmah di sebalik aturan Allah ini. Ada pengajaran dan tauladan untuk kita semua ambil iktibar. 


Buat ibu bapa yg mahu tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkn doa ini.Doa dari , Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu. 

Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada  Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau: 

Ø£َسْتَÙˆْدِعُÙƒَ ٱللَّÙ‡َ الَّØ°ِÙŠ Ù„َاتَضِيعُ  Ùˆَدَا ئِعُÙ‡ُ

"Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah menyia-nyiakan apa yang di dalam jagaan-Nya"

********

Al Imam Abdul Wahhab al- Sya'rani mengatakan: 

"Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta'ala ".

Takziah buat ahli keluarga adik Adam Hayqal. Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian, dan kita semua sama-sama doakan Allah hadiahkan ketenangan hati dan rezeki yang lebih baik di masa hadapan untuk ibu dan ayah Adam.



Post a Comment

2 Comments

ayeesha anna said…
Sedih seharian harini pasal berita adam
Shai MommyLotte said…
Macam tak tercapai akal juga, logik pengasuh tu sumbat dalam peti ais untuk tutup kesalahan, lepas tu boleh iklankan lagi servis di fb. Macam takda rasa bersalah langsung