Tahniah Malaysia! Pilihan Raya ke 14 Paling Bersejarah.


Alhamdulillah, akhirnya penantian rakyat Malaysia  sudah berakhir pada pukul 4.45 pagi hari ini apabila  SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan penuh bagi kesemua 222 kerusi Parlimen .

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan keputusan penuh Pilihanraya 14 adalah seperti berikut :-
  •  Barisan Nasional (BN) memperoleh 79 kerusi,
  •  PAS (18), 
  • PKR (104), 
  • DAP (9), 
  • Parti Warisan Sabah (8), 
  • Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan
  • Bebas (3)
KLIK untuk lihat sidang media >> KEPUTUSAN RASMI PRU 14 <<

Haish, memang meremang bulu roma huda sejak petang semalam tau menanti keputusan PRU 14.

Dalam banyak-banyak channel di TV, channel pilihan huda adalah Astro Awani. Dari petang semalam tengok sampai ke pukul 4 pagi. Fuh, memang berdebar habis lah. 

Suka sangat cara host Astro Awani dan para panel jemputan  yang sangat telus dan jujur dalam mengulas keputusan PRU 14. 

Awal pagi ini rakyat Malaysia pun sangat teruja selepas pengumuman cuti umum hari ini dan esok ( untuk Negeri Johor, Kelantan dan Terengganu akan bercuti Khamis dan Ahad depan) 



Alhamdulillah, pagi ni memang ramai rakyat Malaysia berkongsi gambar Tun Mahatir dengan memuat naik di laman media sosial masing-masing. Huda pun tak nak lepaskan peluang hari paling bersejarah dalam Malaysia ni. Tun Dr Mahathir sekali lagi akan mengalas amanah menjadi Perdana Menteri yang ke-7 

Sekarang ni masih menanti proses angkut sumpah di Istana. Buat ke idok ni hari ni, excited dah ni tunggu depan TV.

Sementara menanti kenyataan rasmi dari peringkat tertinggi di Malaysia jom kita layan beberapa gambar kreatif rakyat Malaysia yang rajin dalam memberi hiburan warna warni kepada kita. 






Pertama kali dalam sejarah Malaysia selepas 61 tahun, Barisan Nasional kini bergelar pembangkang dan Parti Harapan adalah kerajaan Malaysia. 

Macam "miracle" kan? Alhamdulillah, Suara Malaysia kini dan kedengaran! Excited nak dengar macam-macam news Era Malaysia Baru. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati Malaysia, tanah air ku!

Post a Comment

0 Comments