Selamat Hari Ibu!

Alhamdulillah.. Hari ini hari yang indah. Cek kalendar, hari ini Ahad minggu kedua bulan Mei, dimana hari ini merupakan sambutan Hari Ibu yang di sambut oleh 94 negara di dunia seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Amerika Syarikat.

Hukum Menyambut Hari Ibu


Menurut pandangan Islam , hukum menyambut Hari Ibu adalah HARUS. Sambutan ini juga perlu diraikan secara Islamik dan tidak meniru mana-mana agama. Sebagai individu yang beragama Islam, kita harus peka didalam budaya asing untuk tidak menjejaskan akhlak dan akidah seseorang. 


Cerita Sambutan Hari Ibu 


Bangun pagi hari ni, Mr A hantar mesej sweet di Whatsapp. Lepas tu ajak keluar, spend family time sama-sama di luar. Terima kasih sayangku. Tapi huda pula yang malas nak keluar, tunggu petang baru keluar untuk dinner. Huda lebih suka makan di rumah sebab utama di Kuala Terengganu takde tempat indoor best. Kalau dok KL dulu-dulu memang pantang di ajak, awal pagi dah keluar, hehe..




Sebagai blogger, update sosial media dah jadi menjadi kewajipan. Pagi-pagi dah cari gambar-gambar nak up di media sosial. Terima kasih Mr A lagi sekali, dia dah siapkan bahan untuk huda post hari ini.



Huda luangkan sikit masa pagi tadi, buka CD album kahwin. Cari gambar dengan mak huda dan mak mertua. Saja nak buat appreciation post sempena Hari Ibu.



Lunch hari ini masak special sikit. Ikan Pari bakar untuk huda suami, anak-anak makan ikan pari goreng tepung. Alhamdulillah, licin semua makan.



Waktu petang, baru kami keluar, makan di luar untuk dinner. Terasa nak makan McDonalds. Mr A pun layankan jer permintaan isteri dia ni..hehe. Sebelum puasa hari khamis ni, nak makan McD, nanti dah puasa mesti nak makan juadah berbuka puasa yang lagi meriah dari Burger.

Terasa nak makan kek juga. Mujur sekarang di McDonalds semua ada. Ada nasi, ada burger, ada aiskrim, ada coffee dan juga pelbagai variasi kek. Bagus service McDonalds sekarang ni.



Ok, itu sahaja cerita di Hari Ibu hari ini.  Owh ya, di hari ini juga, huda dapat good news. Rezeki jemputan berbuka di hotel pada awal Ramadan ini. Alhamdulillah, rezeki Hari Ibu dari Allah untuk huda. Excited nak berpuasa dah ni. Few days lagi. Semoga Allah kurniakan kesihatan, dan juga waktu yang berkat untuk kita semua di bulan yang mulia ini.




Post a Comment

1 Comments

Nadia Johari said…
selamat hari ibu