Riadah Pagi di Pantai Pandak Kuala Terengganu


Alhamdulillah, target nak manfaatkan waktu cuti umum sempena PRU 14 untuk hari Jumaat sudah di penuhi. Walaupun, tak dapat nak bercuti jauh-jauh, di Kuala Terengganu banyak tempat menarik dan best untuk huda habiskan masa yang kualiti bersama keluarga tersayang. 

Penat dah mata ni, asyik tengok TV, especially channel Astro Awani. Dari hari Rabu sampailah ke malam Khamis. Alhamdulillah, kerajaan baru Malaysia sudah terbentuk di bawah kepimpinan Perdana Menteri kesayangan semua, Tun Mahathir Mohamed. Hati dah senang dan happy, jom alihkan mata dari skrin , beralih melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. 

Seawal 7 pagi, huda dan keluarga habiskan masa lebih kurang 1 jam setengah di Pantai Pandak yang terletak di Chendering, Kuala Terengganu. 



Huda suka pergi ke pantai awal pagi sebab nak menikmati keindahan matahari terbit dan dapatkan dos Vitamin D. Pengunjung yang melawat pantai pun sangat sedikit jika dibandingkan di petang hari, jadi huda dan keluarga akan lebih bebas bermain. 

Sangat seronok dan gembira menikmati matahari terbit hari ini. Hari ini, adalah titik permulaan era baru Malaysia. Mood pun happy, jom kita lompat! 


Yeay, berjaya capture post cantik hasil lompatan Mr A



Mr A lompat bintang pulak. 



Huda pun teruja nak lompat jugak!




Arif Haikal pun join mama papa lompat jugak.


Seperti biasa, Arif Haikal akan "exercise" otak dia dulu dengan buat equation maths. ( Habit dari dia kecil seingat huda usia setahun lebih dia memang suka menulis di pasir dengan alphabets dan number, sekarang umur 5 tahun lebih upgrade buat equation maths, maybe next few years dia buat algebra plak gak yer...hehe



Owh ya, huda memilih untuk habiskan masa bersama keluarga di Pantai Pandak ini sebab utamanya pantai ini cantik , air pantai yang jernih dan boleh The Arifs mandi. 

Pantai Pandak ini landai dan sesuai untuk bermandi-manda. Memang syok tengok The Arifs berendam dalam air masin ni. 




Permandangan yang cantik buatkan huda teruja nak ambil gambar dan berkongsi dengan semua pembaca blog huda. Nanti korang datang bercuti ke Kuala Terengganu boleh la berkunjung ke sini.



 

Di Pantai Pandak ini juga akan terdapat hotel tau, sekarang tengah dalam pembinaan. ( Semoga hotel ni panggil huda untuk review bila dah siap nanti..InshaAllah, Amin..


Selepas puas mandi manda di pantai, Arif Haikal sempat naik buai layan perasaan jap. 


Rasanya berjam-jam pun huda belum puas dan masih nak stay di tepi pantai ni. Tapi matahari makin naik, cuaca makin panas, perut pun lapar. Maka kami semua pun pulang ke rumah untuk sarapan pagi. Semoga hari esok , murah rezeki kami sekeluarga lagi dapat menikmati keindahan alam semulajadi di bumi Kuala Terengganu yang bertuah ini.


Post a Comment

2 Comments

Sue Izza said…
teganu besttttt pantai semua cantik2
Huda Halid said…
betul tu. happy dapat dok teganu setiap hari leh pergi pantai