Buffet Ramadhan ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' di Menara Kuala Lumpur - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Buffet Ramadhan ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' di Menara Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' di Menara Kuala Lumpur

Share This

Alhamdulillah. Syukur , Allah tunaikan impian huda nak "makan-makan" di Menara Kuala Lumpur. Hajat nak jejakkan kaki ke Menara KL sejak beberapa tahun lepas, kini tercapai.

Terima kasih Menara Kuala Lumpur kerana jemputan untuk memeriahkan preview Buffet Ramadan dan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang sudi berkongsi rezeki. 


Tema Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur 


Buffet Ramadan tahun ini Menara Kuala Lumpur  memberi tema ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' yang akan bermula pada 21 Mei hingga 12 Jun 2018. Buffet Ramadan ini berlangsung dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur.

Signature Dish di Menara Kuala Lumpur

Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur menghidangkan lebih daripada 80 jenis sajian antarabangsa dan tempatan. Terdapat beberapa Signature Dish yang di sediakan khas oleh Restoren Berputar Atmosphere 360.

Signature dish yang wajib korang cuba bila datang sini nanti adalah 'Oxtail' Asam Pedas. Huda memang peminat asam pedas, bila rasa menu ni, serius sedap giler!! Bertambah berkali-kali tau. 


Kambing Golek di Menara Kuala Lumpur ini juga istimewa tidak sama di tempat lain. Terdapat pelbagai sos yang sedap di sini. Di stall kambing golek ini juga terdapat ayam grilled dan salmon grilled. Memang semua sedap! 
















Pemanis mulut pelengkap hidangan berbuka puasa yang sangat digemari ramai iaitu Serawa Durian. Comel jer, pulut yang dikepal berbentuk bebola, memudahkan tetamu menikmati Serawa Durian ini. Serawa Durian di Menara Kuala Lumpur ni sangat istimewa tau sebab menggunakan durian yang berkualiti tinggi ( baca durian mahal) seperti durian Musang King dan D24. Serius huda cakap, memang "power" Serawa Durian di sini. 


Menu yang Huda makan di Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur


Bayangkan ada lebih 80 hidangan, memang tak mampu nak makan semua. Jadi huda cuba beberapa menu yang berkenan di hati. 

Pinggan pertama huda mencuba kambing golek dengan sos blackpepper mint, chicken grilled dengan sos blackpepper, grilled salmon dengan sour sauce dan grilled vegetables. Perfect semuanya! Huda suka gabungan sos dan daging kambing, ayam dan ikan salmon. Korang jika berbuka puasa di sini wajib try tau!


Pinggan kedua huda , teruja tengok nasi ulam, huda makan juga nasi di sini. Yer la, pertama kali huda jumpa nasi ulam di Buffet Ramadan, haruslah makan =)

Nasi ulam di makan bersama Udang Masak Tempoyak, Sotong Goreng Kunyit dan Udang Goreng Aneka Cili. Huda memang pencinta seafood, pantang tengok seafood semua huda rembat. hehe...


Pinggan ketiga huda adalah kerabu pelbagai jenis yang di hidangkan di Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur ini. Antaranya, Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Kerabu Daging, Paru Goreng Berempah dan Acar Timun. 


Menu lain yang korang boleh cuba di sini adalah ketupat dan lemang, satay daging dan ayam dan singgah di stall Aneka Mee yang menghidang pelbagi jenis mee seperti mee kari, mee sup, mee goreng dan keow teow goreng. 



Pelbagai pilihan pencuci mulut, pelengkap hidangan berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur. Antaranya kuih-muih Melayu, pelbagi jenis kek dan Chilled Longan dan Serawa Durian.




Harga Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur



Harga Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur adalah : -

Dewasa : RM128.00
Kanak-kanak : RM78

Harga Promosi sehingga 20 Mei 2018 

Dewasa : RM 102.00
Kanak-kanak : RM62.00

*Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah PERCUMA

** Setiap pembelian akan disertakan dengan sampul raya dan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur.
** Setiap pembelian tiket 10 orang dewasa, PERCUMA 1 tiket dewasa

Selain promosi di atas, pengunjung juga berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka ( Sky Deck) dengan harga istimewa iaitu RM20.00 sahaja untuk dewasa, RM10.00 untuk kanak-kanak. 


Permandangan Indah Ketika Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur

Panorama matahari terbenam, membuatkan ramai pengunjung asyik menghayati keindahan alam sementara menunggu waktu berbuka. 


Kenangan di Menara Kuala Lumpur yang takkan huda lupakan . ( Sebab kali pertama ni hah naik Menara KL, hehe


Sepanjang Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur ini juga korang akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur - 'The Sky'


Amacam, memang terbaik kan Buffet Ramadhan ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' di Menara Kuala Lumpur ni?

Jom bawa orang tersayang, ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.

Untuk tempahan hubungi : -

☎ 03- 20205444
💻 www.menarakl.com.my 

21 comments:

  1. Wah!!! tengok makanan-makanan ni serius tak sabar nak berpuasa! Harga pun nice, tempat pun nice! Boleh la nanti pujuk hubby bawak berbuka kat sini nanti! hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ya ampun. Menyelerakan betul la semua makanan yang ada kat sini. Harga pun reasonable.Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. saya baca ni waktu tengahari. sedang lapar menunggu hidangan tengahari. makanan memang nampak menyelerakan. tapi, adakah berbaloi dengan harga berkenaan di bulan puasa? dapat tak habiskannya? kot membazir je. yes, diakui, sedap. kebanyakannya akan membazir macam tu je. kalau boleh, bersederhana dalam makan. buffet ni tak boleh bawa balik kan. buat la option untuk pelanggan makan apa yang boleh je. bayar hanya dimakan. just my 2 cent

    ReplyDelete
  4. Huda ohhh huda. .!! Syiokkkk nya dapat merasa makan kat Menara KL. Kenangan terindah tu... Cantik view!

    ReplyDelete
  5. Eeeii geramnya tengok menu dia.terliur sungguh! Palaing best serawa durian tu la dah lama rasanya tak makan durian

    ReplyDelete
  6. Nice place to enjoy our buffet ramadhan. The view is beautiful and it is a good experience to dine-in there.

    ReplyDelete
  7. Syoknya berbuka dekat tempat tinggi. Sambil makan sambil menikmati pemandangan KL.
    Menu menu pun menarik belaka. Banyak pilihan lagi. Wajib rasa semua sebab ana tau makanan dekat sini memang sedap. Rugi tak rasa semua kan.

    ReplyDelete
  8. Wah! Menarik la semua hidangan yang disajikan. Kecur airliur saya tengok. Rasa nak cuba juga la lepas ni.

    Harga yang ditawarkan pun not bad. Memang sesiapa yang pun patut cuba kalau nak kelainan dalam santapan kan. Terbaiklah!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Untung dpt jemputan makan2 situ, Huda. Kalau nak gi, agak mahal la pada aida. Bwk anak2 mahu nyer beratus.
    Tapi tempat yg begitu memang high class. Panorama yg indah. Makan secara ekslusif! Best.
    Pernah bwk anak2 ke sana. In shaa Allah nak gi lagi nanti. Bwk izzat plak.

    ReplyDelete
  10. letop! berbuka dekat menara kl hahaah boleh la layan view sekali. harga pun not bad

    ReplyDelete
  11. Tak silap kita tahun lepas kita pernah berbuka kat sini seronok dapat buka kat kawasan paling tinggi tengah KL hehehehe makanan walaupun tak banyak tapi puas...

    ReplyDelete
  12. Bestnya huda dapat jemputan preview di situ. Siap boleh tengok view lagi dari Menara Kuala Lumpur wahhh. Kinah tak pernah lagi naik kat atas tu. Makanan tu pun nampak sedap terutama kambing golek. Menu wajib kan hihi. Harganya pun not bad. Kira berbaloi jugak la dengan servis yang diberikan

    ReplyDelete
  13. dapat makanan yg sedap dgn tgk pemandangan kl mmg terbaik.menu2 pun menarik dan pelbagai. kalau liez target kambing dgn serawa durian tu..

    ReplyDelete
  14. eh xde lah mahal sangat buffet ramadhan di sini. ingatnya harga dia mencanak naik. rupanya okay lah, berpatutan. best yer dapat menikmati hidangan yang sedap disamping melihat keindahan bandar KL. Mesti cantik view pada waktu malam

    ReplyDelete
  15. Berbuka puasa sambil menikmati keindahan KualaLumpur..perghh memang syiok betul..lagi best bila makanan yang dihidangkan sedap-sedap dan yang penting ada kambing golek..ummm ni yang buat tak sabar nak sambung puasa ni..hehehe

    ReplyDelete
  16. Wah beatnya buka puasa dekat sini.sambil makan samnil tengok pemandangan Kuala Lumpur waktu malam.lagi untung dapat sampul raya dan tiket free ke pelantar pemandangan. Memu pun banyak yang menarik

    ReplyDelete
  17. Ya ampun banyaknya pencuci mulut dia. Mak not a fan of buffet, sebab perut kecik. Tapi apa salah splurge sekali sekala, makan kambing 5 pinggan pun dah berapa kos. ye tak?

    ReplyDelete
  18. View dekat menara Kuala Lumpur memang awesome, masa berbuka nanti dapat view begini mengingatkan kita betapa cantik dan indahnya ciptaan tuhan. harga pun berbaloi untuk berbuka di sini.

    ReplyDelete
  19. kambing golek tak sama tempat lain tu yang menjadi tarikan.

    Janji Kita

    ReplyDelete
  20. waaa..special tu ada oxtail asam pedas & serawa durian..

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages