Best ke Drama Rahsia Hati Perempuan? - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Best ke Drama Rahsia Hati Perempuan?

Best ke Drama Rahsia Hati Perempuan?

Share This

Hye korang! Ada ke yang dah tersangkut dengan drama terbaru , slot MegaDrama Astro Ria yang berjudul "Rahsia Hati Perempuan"


Hari ini huda layan dua episod pertama drama ni. Not bad, awal-awal pun dah menarik. Jom huda kongsi barisan pelakon dan sinopsis drama Rahsia Hati Perempuan

Drama Rahsia Hati Perempuan

  • JUDUL : RAHSIA HATI PEREMPUAN
  • JUMLAH EPISOD : 24 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
  • PENGARAH : Michael Ang
  • TERBITAN : Hyperpictures Sdn Bhd
  • PELAKON : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris


WATAK PELAKON

  • Hisyam Hamid sebagai Zayn 
  • Mira Filzah sebagai Ilaina 
  • Fikry Ibrahim sebagai Mikael
  • Uqasha Senrose sebagai Arissa
  • Mak Wan sebagai Tok Wan
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Suraya
  • Lydiawati sebagai Laila
  • Eina Azman sebagai Ayra
  • Amir Nafis sebagai Adzim
  • Ziha Salleh sebagai Saerah

LAGU TEMA / OST

Tajuk : Haram
Penyanyi : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke Australia. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi bercuti ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan Zayn yang terbatal di sebabkan bekas tunang Zayn, Aira menghilangkan diri.
.
Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan ketika bercuti di Perth, Australia. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael. Puan Suraya juga tidak bersetuju dengan perjanjian suaminya dengan keluarga Mikael untuk menjodohkan Ilaina dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya.
.
Siapa yang bercinta dengan siapa , dan siapa perlu yang harus berkorban?
Sama-sama lah yer kita tengok.

Review tentang RAHSIA HATI PEREMPUAN

Selepas huda layan 2 episod pertama drama Rahsia Hati Perempuan ni, huda suka dengan pelakon-pelakon yang betul-betul menjiwai watak dan lakonan mereka nampak bersahaja dengan jalan cerita yang menarik. Huda akui dah tersangkut dah dengan cerita ni. ( habis lah..setiap malam mesti dok tunggu jer episod terbaru)

Dan.... huda dah mula berangan nak bercuti ke Australia. Serius teringin nak camping dan naik caravan! Satu lagi destinasi masuk dalam Bucket list huda. InshaAllah, tunggu The Arifs besar sikit kita teroka negara orang pula yer. Habiskan round Malaysia dulu! 




1 comment:

  1. Samalah layan cerita nih sebab suka tengok semua berlakon. Tp kena download sebab rumah tak ada astro

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages