Pengalaman Pertama The Arifs naik bas. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Pengalaman Pertama The Arifs naik bas.

Pengalaman Pertama The Arifs naik bas.

Share This



Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Maha Suci Allah yang mengerak kenderaan ini , padahal sebelumnya kami tidak mampu untuk menguasainya dan hanya kepadaMu lah kami akan kembali ( Doa naik kenderaan darat) 

Sebelum bas bergerak huda dan keluarga baca doa ni. Pertama kali naik bas dengan anak-anak, memang neves dan dalam masa yang sama huda tawakal, semoga Allah lindungi dan permudahkan perjalanan.



Huda tempah 3 seat sahaja, sebab tahu adik hakim ni manja, macamana pun mesti nak tidur atas badan, kalau beli tiket untuk dia macam membazir jer. Kos tiket KT - JB untuk kami RM146.40.
Huda beli tiket online jer, boleh baca di sini >> PENGALAMAN PERTAMA BELI TIKET BAS ONLINE <<


Untuk pertama kali dalam sejarah hidup The Arifs,diorang naik bas selama 9 jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru. Ramai juga yang risau (especially Ki, sebab tahu cucu dia ni tak reti diam) . Huda tawakal, semoga Allah memberi ketenangan kepada The Arifs. (Doa ibu kepada anaknya kan takde hijab) 


The Arifs happy dan enjoy first bus ride. Tidur elok dalam bas. 
Mama jer tak boleh tidur. Bas kerap berhenti ambil penumpang di merata tempat. Setiap kali berhenti tersedar.  Mujur huda sihat jer walau tak cukup.tidur. sampai JB seawal 6.30 am, segar bugar jer semua. 

Alhamdullillah, request nak early cek in hotel pun dapat. So lepas solat di terminal bas dan ambil kereta, terus gerak ke hotel untuk bersihkan diri. Huda memilih untuk menginap di Vertilex Hotel yang terletak di Tebrau. Baca >> Hotel Vertilex - Hotel Budget yang terbaik di Tebrau, Johor Bahru <<

Perjalanan balik dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu, Allah uji sedikit dengan bas terpaksa berhenti hampir 3 jam di Mersing.
Hikmahnya, The Arifs dapat merasa naik bas dan tengok permandangan waktu pagi. Sebelum ni naik malam, sampai pun subuh yang masih gelap. 


Excited tengok view dari dalam bas. 



The Arifs dah tak sabar nak buka lego yang diorang beli semalam di Legoland. 

Alhamdulillah, dekat pukul 10 pagi kami semua selamat sampai ke Kuala Terengganu. 

Alhamdulilah, perancangan ke Johor Bahru dipermudahkan Allah. Semoga murah rezeki The Arifs lepas ni dapat travel lagi ke destinasi lain. InshaAllah.

“The world is a book and

 those who do not travel read only one page.”


Mama wishlist nak bawa anak-anak mana travel all over the world, kita khatamkan Malaysia dulu yer, baru kita travel Asia pula. InshaAllah. 

2 comments:

Post Bottom Ad

Pages