Movie Review : Ready Player One

Assalamualaikum. Hari ni huda nak kongsi satu movie terbaru yang huda tonton minggu lepas di TGV Tebrau City - Ready Player One. 


Huda memang peminat nombor 1 Steven Spielberg. Semua movie dia huda minat. 

Masa tengok trailer Ready Player One ni, terus decide nak pergi tengok. Minat huda dan suami memang sama, suka tengok cerita genre science fiction macam ni. jadi memang kami akan usahakan tengok once movie ni release di cinema. 

Jom layan trailer READY PLAYER ONE




Tengok trailer dah tahu movie ni memang best! Tanpa ragu-ragu terus beli tiket di TGV dan bawa anak-anak tengok sekali. 

Movie Ready Player One ini merupakan adaptasi dari sains fiksyen fantasi novel " Ready Player One" yang di tulis oleh Ernest Cline. Novel ini diterbitkan pada 16 Ogos 2011. Pada tahun 2012, novel ini menerima anugerah Alex Award from the Young Adult Library Services Association division of the American Library Association dan Prometheus Award.

Memang hebat la novel ni, no wonder Steven Spielberg dan Warner Bros menjadikan novel ini menjadi sebuah movie yang sangat hebat. 

Lead role dalam movie ini adalah Tye Sheridan. Kalau korang tengok Xmen Apocalypse, dia yang berlakon jadi Scott Summers / Cyclops. 

Plot : Ready Player One


Movie ini berkisar di tahun 2045. Pada zaman ini ramai orang addicted dengan VR game (virtual reality) sebab dalam game ni, mereka boleh menjadi sesiapa sahaja, pergi kemana-mana mereka mahu, buat apa-apa sahaja mereka mahu, perkara yang tidak mampu di lakukan di dunia realiti. 


Nama game yang mereka main adalah OASIS (Ontologically Anthropocentric Sensory Immersive Simulation). Game ini di programkan oleh James Halliday. Sebelum meninggal Halliday ada tinggalkan satu amanat. Pemain harus menyelesaikan Anorak's Quest yang tersembunyi di OASIS. Pemain harus menemui Easter egg yang terkunci di sebalik 3 gate yang memerlukan 3 kunci untuk membukanya. Sesiapa yang berjaya menyelesaikan Anorak's Quest ini akan dapat full ownership of OASIS. 

Jadinya semua orang mula "gila" bermain dengan serius untuk dapatkan duit dan hakmilik OASIS ni. Termasuklah syarikat Innovative Online Industries (IOI) yang sanggup hire orang untuk main game ni, dan nak dapatkan hak milik OASIS ni. 

Nak tahu siapa yang berjaya habiskan misi Anorak's Quest ni?

Sila la tengok, huda tak nak share banyak-banyak storyline movie ni kat korang. hehe...





Bagi huda movie ni best giler!! walau huda ni bukan la kaki game sangat, tapi huda suke jalan cerita, action back to back, suprises dan twist dalam movie ni. Takde sesaat pun huda rasa bosan. (hanya rasa stress sebab in the middle of the movie, Arif nak g toilet -_- )

Huda bagi 4 bintang 🌟🌟🌟🌟 untuk movie READY PLAYER ONE yang berdurasi 140 minit ni.

Ada part "kiss" sikit, so agak kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak. ( Time part kiss ni keluar, huda dan suami distract The Arifs tengok benda lain, dengan cakap2 dengan diorg, hehe)

Pengajaran cerita ni pun ada baik dan ada yang tak.

Huda cerita yang tak best dulu yer..
Game addict , sesuatu yang tak bagus, menyebabkan orang kurang bersosial. Main game tepi jalan, aspek road safety kurang di tekan kan. Manusia terbawa-bawa ke dunia fantasi melebihi realiti.

Pengajaran yang bagus bagi huda la, cerita ni mengajar erti tidak putus asa dan berfikiran kreatif dalam menganalisa clue yang ada. Lagi satu, jadikan kesilapan orang lain itu satu teladan dalam hidup kita supaya kita takkan ulangi kesilapan macam orang lain buat.

Dan dalam cerita ni menunjukkan lelaki lagi mudah fall in love sebab pysical attraction.
Hmm, betul ke? 

In future mungkin ada sequel untuk movie ni. Yeay! excited nak tengok!

Sekian review ringkas dari huda. Overall berbaloi tengok movie ni. Huda enjoy! nanti nak repeat tengok lagi sebab ada scene terlepas tengok sebab Arif. 😢😢

Post a Comment

1 Comments

Abam Kie said…
kat kelantan ni x de cinema. kena tunggu kuar di astro first atau download je on9. huhuhuhu

Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html