Burger Nasi Lemak McDonald's Sedap Ke? - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Burger Nasi Lemak McDonald's Sedap Ke?

Burger Nasi Lemak McDonald's Sedap Ke?

Share This
Assalamualaikum. Alhamdulilah, jom kita sama-sama bersyukur dan berterima kasih atas nikmat hidup hari ni. Banyak sangat nikmat Allah kat dunia ni, antaranya nikmat makan yang paling manusia paling taksub setiap hari. Hehe... Betul ke tak?

Ok, cerita pasal makan, korang dah tahu ke belum McDonalds lancarkan Burger Nasi Lemak semalam??

Serius BURGER NASI LEMAK. Tak tipu ni.. 

Sebab ramai yang tertanya huda bila huda kongsi live update di sidang media perlancaran Burger Nasi Lemak McDonald's semalam di Kota Damansara. 

Macamana tu Burger Nasi Lemak? Sedap ke Burger Nasi Lemak? Bungkus dengan daun pisang ke? Ada nasi ke dalam burger?

Nak tahu,jom baca perkongsian huda ni sampai habis yer..


Semalam buat julung kalinya, McDonald's Malaysia memperkenalkan Burger Nasi Lemak bagi meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan tradisional dan salah satu Malaysian signature dish yang paling terkenal.

INSPIRASI BURGER NASI LEMAK McDonald's


Burger Nasi Lemak ini diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang di jual oleh pengusaha tempatan. 

Maka, pada hari perlancaran semalam #gengnasilemak turut serta dalam memeriahkan majlis yang meriah dengan pelbagai pilihan nasi lemak tempatan yang memang sedap.



Enam #gengnasilemak yang terlibat adalah :- 

1) Nasi lemak BK4, Bandar Kinrara , Kuala Lumpur
2) Nasi lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur
3) Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4) Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
5) Nasi Lemak Mok Teh,  Wangsa Maju, Kuala Lumpur
6) Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya

KANDUNGAN BURGER NASI LEMAK McDonald's



Burger Nasi Lemak ini sangat unik sebab megandungi : - 

- Kepingan ayam enak yang di masak menggunakan santan, kemudian di salut dengan emping jagung yang rangup 
- Sos sambal istimewa (inspirasi rasa dari sambal ikan bilis)
- Telur Mata
-Bawang Tumis dan hirisan timun segar
- Ban Cili




Amacam?? Tak teringin ke nak cuba. Korang semua boleh dapatkan Burger Nasi Lemak McDonald's mulai hari ini dengan harga RM14.95 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set regular ( termasuk kentang goreng dan 100Plus).

Cepat korang grab, sebab Burger Nasi Lemak McDonald's ini hanya dijual untuk masa terhad sahaja!!


Jom terjah mana-mana 270 cawangan McDonald's di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut layari www.mcdonalds.com.my


5 comments:

  1. wow..triple sedap cenggini...2in1,, memang kenyang habis lahh

    ReplyDelete
  2. Wahh... . Rare ! Burger Nasi Lemak sangat KeMalaysianan gitu. Kena cuba ni. ..

    ReplyDelete
  3. ok, jom terjah burger nasi lemak!!

    ReplyDelete
  4. Lama betul tak makan McD, macam² burger dah ada sekarang.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages