45 Hari menuju Ramadhan 1439 - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

45 Hari menuju Ramadhan 1439

45 Hari menuju Ramadhan 1439

Share This

Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Hari ini kita semua , hari kedua bulan April, dan 15 hb Rejab. Bermakna, kita bakal menyambut Ramadhan 45 hari lagi. 

Korang dah baca doa ke doa Rejab? 



*اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ*
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Penting doa ni, semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk bertemu Ramadhan. InshaAllah. 

Jadi lagi 45 hari ni, banyak yang kita boleh buat untuk "recharge" iman kita, supaya bila Ramadhan tiba, tubuh badan kita dan iman kita kuat untuk gandakan amalan. InshaAllah. 

Selain berpuasa sunat, huda suka "recharge" iman dengan membaca hadis Rasullah S.A.W. 

Jom kita berkongsi bersama 5 hadith yang mengandungi pesanan dari Rasullah S.A.W untuk wanita.

1) " Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." - Riwayat Muslim

2) " Wahai para wanita, hendakah kalian banyak bersedekah kerana kalian yang paling ramai menghuni neraka kerana kalian ramai yang mencela suami dan mengingkari pemberian suami." - Riwayat Al-Bukhari 

3) " Perumpamaan wanita yang berbangga dan sombong memperlihatkan perhiasannya kepada selain suaminya seperti kegelapan di hari kiamat, tiada cahaya sedikit pun padanya . " - Riwayat Al-Tirmizi

4) " Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa di bulan Ramadhan,, menjaga kemaluannya ( daripada zina) dan benar-benar taat kepada suaminya, maka dikatakan kepada wanita mulia ini: " Masuklah syurga melalui pintu mana sahaja yang engkau suka." - Riwayat Ahmad

5) " Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda terhadap dirinya, maka dia akan masuk syurga " - Riwayat Al-Tirmizi

Semoga Allah hadiahkan taufik dan hidayah untuk semua wanita yang membaca coretan huda hari ini. InshaAllah, sama-sama kita berusaha menjadi wanita yang terbaik di mata suami dan menjadi hamba Allah yang taat. 


No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages