Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik untuk bersama Keluarga di KUALA LUMPUR


Assalamualaikum semua pembaca Cerita Huda.Com . Kita sudah masuk hari ke 6 di bulan Mac, 2018. Perasan tak masa pantas berlalu meninggalkan kita, tanpa sesaat pun tunggu kita. Begitu juga dengan anak-anak kita semakin cepat mereka membesar. Bagi huda , azam 2018 huda nak habiskan masa bersama keluarga lebih lagi, bawa anak-anak meneroka lebih lagi, merasai pengalaman baru dan yang paling penting mencipta kenangan manis kanak-kanak mereka bersama. 

Maka, hari ini huda nak kongsi bersama korang 10 tempat menarik yang boleh kita semua spend "quality family time" bersama-sama di Sekitar Kuala Lumpur

10 Tempat Menarik untuk bersama Keluarga di KUALA LUMPUR

Huda bahagikan 2 kategori, iaitu Outdoor ( 1- 4 ) dan Indoor ( 5-10)

1) Taman Tasik Titiwangsa. 


Bagi huda ini antara tempat yang huda suka bawa anak-anak sebab anak-anak akan bebas berlari,  bebas meneroka dan bermain tanpa had. Ada playground yang luas, tasik dan air pancut yang cantik. Selain itu kami sekeluarga pun boleh mengayuh basikal bersama pusing Tasik Titiwangsa ni. 

Pemandangan hijau di sini sangat mendamaikan, memang syok lepas riadah duduk bersama picnic makan makanan air tangan ibu.

Masuk PERCUMA 

Lokasi : 6, Lorong Titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2) Taman KLCC




Taman KLCC juga merupakan tempat kegemaran huda luangkan masa bersama keluarga. Huda memang suka dengan dekorasi Taman KLCC ni, redup jer mata memandang. taman permainan kanak-kanak, symphony fountain, kolam renang, trek jogging, tempat duduk yang beratap dan bangku, laluan kaki dan sculptures. Tahu tak? Kira-kira 1,900 pokok dan pokok asli yang mewakili 74 spesies ditanam di Taman KLCC ni untuk menggalakkan bio-kepelbagaian di kawasan taman.

Masuk PERCUMA 

Lokasi : Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 

3) KL Forest Eco Park









KL Forest Eco Park terletak berhampiran KL Tower. Bawa keluarga mengembara dan berjalan kaki Canopy Walk yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang subur di tengah-tengah bandar. Pastinya anak-anak akan teruja. 

Masuk PERCUMA 

Lokasi : Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

4) Taman Burung, KL


Di Taman Burung KL ( KL Bird Park) , terdapat lebih daripada 3,000 burung dari kira-kira 200 spesies burung tempatan dan asing. Salah satu ciri yang paling luar biasa di sini adalah bahawa di Zon 1, 2 dan 3, burung dibebaskan di persekitaran yang hampir menyerupai habitat semulajadi mereka. Dengan konsep burung bebas terbang ini, burung dapat membiak secara semula jadi dalam persekitaran yang unik ini. 



Tiket : RM27 ( Dewasa) dan RM13 ( Kanak-kanak) 
Lokasi:  KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Info lanjut layari www.klbirdpark.com

5) KL Tower

Rasanya tak sah kalau jalan-jalan KL tak tengok keindahan KL dari atas KL Tower ni. Tahu tak ada banyak sangat aktiviti yang kita boleh buat bersama keluarga di sini antaranya melihat keindahan KL di :


a) Observation Deck - Kuala Lumpur Skyline View @ 276m

b) Sky Deck, at 421 meters above ground level.

c) Sky Box - At 300 meters up, the Sky Box extends out from the Sky Deck ledge.




Bukan setakat tengok keindahan permandangan KL dari atas sahaja, di menara KL ini juga kita boleh boleh bawa anak-anak tengok ikan di Blue Coral Aquarium, kemudian tengok keunikan rumah terbalik di Upside down house dan juga kenali binatang di Mini Zoo. 



Kemudian di waktu malam boleh tengok keindahan lampu siap dengan lagu lagi tau dengan persembahan TOWER LIGHTINGS . Pertunjukan lampu di Menara KL melibatkan lampu dari seluruh menara, dari tingkat bawah ke bahagian atas tiang antena, dengan lampu LED.

Lampu menara ini dapat dilihat sejauh 10 km jauhnya. Sistem pencahayaan ini juga mempunyai inovasi baru di mana Menara KL telah menyediakan dan memprogramkan lebih daripada 10 lagu untuk dimainkan semasa acara pencahayaan. Pertunjukan ini unik terutama pada waktu kerana dalam persembahan pencahayaan yang indah, kerana setiap lagu akan mempunyai gabungan warna dan kesan kesan tertentu. 

HARGA TIKET

Boleh rujuk di sini terdapat pelbagai pakej mengikut budget anda : https://www.menarakl.com.my/index.php/online-ticketing

Lokasi : KL Tower No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee 50250 Kuala Lumpur Malaysia

6) Aquaria KLCC



Aquaria KLCC adalah lautan canggih yang mempamerkan lebih daripada 5,000 pameran akuatik dan akuatik yang berbeza di atas ruang seluas 60,000 kaki persegi.Aquaria KLCC akan membawa anda dalam perjalanan penemuan yang hanya akan mengambil nafas anda. Ketahui lebih lanjut mengenai fauna marin yang terdapat di Malaysia dan rantau ini, sambil mengambil kesempatan daripada pakar Aquaria kami kerana mereka berkongsi dengan anda tentang bagaimana mereka berinteraksi dalam habitat semula jadi mereka.

Harga Tiket : RM49 ( Dewasa) RM39 ( Kanak-kanak) 

Lokasi: Aquaria terletak di Concourse Level Kuala Lumpur Convention Centre

Layari http://aquariaklcc.com untuk maklumat lanjut

7) Petrosains


Petrosains adalah Pusat Penemuan Sains yang menggunakan pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif untuk menceritakan kisah sains dan teknologi industri tenaga. Pameran di Petrosains menjejaki evolusi dan kaitan saintifik industri tenaga sambil memberi tumpuan kepada sains umum dan aplikasinya untuk kehidupan seharian.

Tiket : RM20 ( Dewasa) , RM8 ( Kanak-kanak) 

Lokasi :

Petrosains, The Discovery CentrePETRONAS Twin Towers
Level 4, Suria KLCC,
50088 Kuala Lumpur.

Layari http://www.petrosains.com.my/ untuk maklumat lanjut

8) Pusat Sains Negara

TheArifsXPusatSainsNegara%2B%252837%2529
Baca : The Arifs Melawat Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara (PSN) adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada individu mahupun lawatan berkumpulan.

Tiket : RM6.00 (13 tahun dan ke atas) dan RM3.00 ( 7 tahun – 12 tahun ).

Lokasi : Pusat Sains Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Persiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur


9) Indoor Theme Park Berjaya Times Square



Berukuran lebih dari 133,000 kaki persegi, Indoor Theme Berjaya Times Square adalah pemegang Malaysia Book of Records untuk First Largest Indoor Theme Park di negara ini.

Tiket : RM41 ( Dewasa) , RM 30 ( Kanak-kanak)

Lokasi : Berjaya Times Square Theme Park Sdn. Bhd. 

No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square,

No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Layari www.berjayatimessquarethemeparkkl.com untuk maklumat lanjut

10) Parenthood


The Parenthood; merupakan London Street Park Malaysia yang pertama, taman keluarga terbesar di Malaysia. Ia merupakan one-stop center yang menyediakan aktiviti edutainment dan rekreasi untuk seluruh keluarga.

Harga Tiket 


Lokasi : Second Floor, Sunway Putra Mall, No. 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

Layari https://theparenthood.com.my/ untuk maklumat lanjut

Selain dari 10 tempat menarik yang huda kongsikan di atas, ada juga aktiviti menarik yang sekeluarga boleh buat bersama seperti baru-baru ini huda berpeluang join Harriston DIY Chocolate Workshop.
Boleh baca info lanjut >> Harriston DIY Chocolate Workshop Bersama The Arifs <<

Sekian perkongsian huda hari ini. Layari www.kbba9.com untuk baca lebih perkongsian dari rakan-rakan blogger tentang 10 Tempat Menarik untuk bersama Keluarga di KUALA LUMPUR.

Post a Comment

4 Comments

Aznj said…
Tak pernah tau pun pasal parenthood tu.. nnt nak p
mas saari said…
Rupanya banyak kali tempat menarik kat KL ni yang belum pergi, kena masuk dalam perancangan ni.
Eyqa Hasnan said…
Bestnya yang Parenthood tu. Selama nie asyik pergi jejalan mall je. Lepas nie boleh try pergi tempat-tempat menarik nie
Mar Mansor said…
mahal juga nak masuk aquaria klcc
Janji Kita