Resepi Kerabu Pegaga Segera dengan Minz Sambal Hitam Pahang



Assalamualaikum, selamat hari minggu. Biasa hari minggu ni ramai yang pilih untuk memasak sendiri di rumah kan? Bagi suami dan anak-anak rasa air tangan ibu, baru la berkat dan bahagia rumah tangga. Namun, kadang-kadang kita golongan ibu ni, penat juga nak memasak, part sediakan bahan yang lama, lepas tu bab mengemas lagi. Huda sendiri pun kadang-kala suka masak lauk yang paling cepat siap macam ayam goreng atau telur goreng jer. hehe... 


Suami dan huda suka makan sayur. Biasa sayur yang paling simple huda sediakan salad. Basuh dan potong jer letak atas meja. Segar pun yer, khasiat lagi terbaik dari sayur yang di masak. 

Baru-baru ni, pergi shopping barang basah, nampak seikat pegaga yang segar, terus ambil dah bayar.

Dalam kepala memang nak buat kerabu pegaga yang segera dan sedap.

Jom huda kongsikan 2 resepi kerabu pegaga segera dengan Minz Sambal Hitam Pahang Ikan talang yang huda reka sendiri. Alhamdulillah, sedap dan suami minta buat lagi kerabu ni.

Resepi 1 - Resepi Kerabu Pegaga Segera dengan Minz Sambal Hitam Pahang

Bahan di perlukan hanyalah 3 bahan iaitu -

Ulam daun pegaga ( dalam 1 mangkuk) ,

Kelapa muda parut ( dalam 3 sudu besar) ,

Minz Sambal Hitam Pahang Ikan Talang ( 1- 2 sudu)



Cara-cara:

1) Potong halus ulam daun pegaga

2) Campurkan kelapa muda parut dan Minz Sambal Hitam Pahang Ikan Talang dengan sebati.

3) Gaul sebati dengan ulam pegaga.

4) Sedia untuk di makan.








Resepi 2 - Resepi Kerabu Pegaga Segera dengan Minz Sambal Hitam Pahang

Bahan di perlukan iaitu -

Ulam daun pegaga ( 1 mangkuk) ,

Taugeh ( 1 mangkuk) ,

Bawang ( 1 ulas)

Serai ( 1 batang)

Cili Padi ( 2 tangkai)

Minz Sambal Hitam Pahang Ikan Talang ( 1- 2 sudu)



Cara-cara:
1) Hiris semua bahan-bahan ( ikut citarasa nak halus atau kasar)

2) Campurkan semua bahan dengan Minz Sambal Hitam Pahang Ikan Talang dengan sebati.

3) Sedia untuk di makan.





Ok, huda nak kongsi tentang keunikan Minz Sambal Hitam Pahang.



Minz Sambal Hitam Pahang mengandungi ikan masin jeruk talang yang terpilih yang ditumis bersama bawang besar,cili api, belimbing buluh rebus yang dimasak selama 8 jam menghasilkan rasa sambal yang enak & unik hasil gabungan rasa masam daripada belimbing buluh rebus & masin daripada ikan masin jeruk talang. Setiap botol mempunyai berat bersih kandungan 120gm 

Huda dah try makan macam tu jer denga telur rebus, dengan nasi kosong dan di jadikan bahan asas untuk kerabu pegaga, semuanya memang kena dengan selera huda. Sedap sangat, memang habis sebotol Minz Sambal Hitam Pahang ni, huda akan repeat lagi, buat stok untuk bulan puasa yang bakal tiba.

Berminat nak dapatkan Minz Sambal Hitam Pahang ni?
Dapatkan maklumat lanjut di sosial media dan blog

Blog : http://minionliciousenterprise.blogspot.my



HP : 014-6667772

Post a Comment

2 Comments

Bebelan Cik Min said…
Tq huda😍😍😍
Huda Halid said…
sama-sama kak min. <3