Pertama kali The Arifs potong rambut di Matt Barber Shop - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Pertama kali The Arifs potong rambut di Matt Barber Shop

Pertama kali The Arifs potong rambut di Matt Barber Shop

Share This

Assalamualaikum. Entry khas untuk anak-anak mama baca bila dah besar nanti. 
Hari ini, papa dan mama decide nak bawa The Arifs potong rambut di kedai buat pertama kalinya. 


Sebelum ni ada alat potong rambut sendiri di rumah. Memang papa potong sendiri jer. Tapi bulan lepas mesin yer rosak dah. Nak beli baru asyik tak terbeli. 
Weekend ni ada family gathering. Jadi kena jugak potong rambut anak-anak ni. Bagi kemas sikit nak jumpa orang ramai. 


Kedai pilihan papa adalah Matt Barbershop. 


Huda memang pertama kali masuk kedai gunting rambut ni. Memang terbaik lah, ruang menunggu siap ada TV dengan saluran astro. Paling huda suka ada free wifi juga. Hehe, senang nak online. 





Servis pun cepat dan huda memang puas hati. Yang paling penting Arif Haikal happy dapat potong rambut dia. Cikgu dah tegur rambut dia panjang, dan dah berhari-hari minta nak potong rambut sebab cikgu suruh. Biasa la papa busy, akhirnya berjaya juga luangkan masa untuk bawa ke kedai. 





Si adik hakim masih lagi dengan drama sebabak seperti biasa waktu nak potong rambut. Nampak mesin jer dah nangis. Tapi huda paksa la juga. Kesian tengok rambut panjang sampai masuk telinga. 


Alhamdulillah, settle dah misi bawa anak2 potong rambut. Harga pun murah jer. RM7 setiap seorang kanak-kanak. 


Barber di Matt Barber ni semua professional. Memang terbaik. Konfem huda akan repeat lagi potong rambut di sini

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages