Bertemu selepas 6 tahun - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Bertemu selepas 6 tahun

Bertemu selepas 6 tahun

Share This






Assalamualaikum. Huda nak kongsi cerita petang semalam. Kawan baik encik suami dan juga kawan huda juga masa belajar di UIA, bertandang ke rumah kami. Alhamdulillah. Allah izinkan kami bertemu semula selepas 6 tahun. 


Teringat 6 tahun lepas, datang jumpa kawan kitorang ni time masing2 baru upgrade status jadi parent. Memang seronok share pengalaman pertama pregnant, labour dan warna warni parenthood journey. Sekarang semua dah upgrade, family member pun makin bertambah masing-masing.


Semalam kongsi macam-macam cerita antaranya "journey" nak kurus. Tak sangka kawan kitorang ni juga pernah join cabaran JK1M. Bagus lah, sama-sama ada kesedaran nak sihat dan kurangkan berat badan. 


Owh ya, kawan kitorang ni doktor, tapi profession dalam bidang kesihatan bukan jaminan untuk sihat jika tak amalkan gaya hidup sihat. 


Huda pun dah jumpa banyak kenalan yang bekerja bidang kesihatan,tapi masih belum mampu amalkan gaya hidup yang sihat terutama dari segi pemakanan. 

Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang berbuah kan.

Huda kongsi ni nak sindir diri sendiri sebenarnya, rasa banyak dah ilmu, tapi nak practice tu punya la liat. Tolong lah insaf huda oi...

Hehe,tapi... Semalam kitorang cheat day gak. Huda try resepi mee rebus guna rempah warisan.
Tapi sedih,tak sempat nak snap pic satu pun makanan yang huda masak semalam


Takpelah, nasib petang semalam kami semua picnic tepi pantai bersama. Ada la kenangan untuk kami dan anak-anak tengok nanti.




Suka tengok The Arifs enjoy main dengan kawan baru. Rezeki kami,dapat semua anak lelaki..hehe.. 

Seronok sangat dapat jumpa kawan lama, macam-macam cerita yang keluar. 
Bila la batch huda nak buat reunion ni, dapat jumpa ramai-ramai lagi best kan. 

Terima kasih Allah, bagi peluang kami semua rapatkan silaturrahim ni.


InshaAllah, kawan dah datang Terengganu, next time huda pun kena kunjung balas ke rumah diorang di Kelantan pula. InshaAllah, ada rezeki nanti boleh la berjalan ke Kelantan, huda pun dah 6 tahun rasanya tak pergi Kelantan

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages