Resepi Souffle Japanese Pancake - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Resepi Souffle Japanese Pancake

Resepi Souffle Japanese Pancake

Share This
Assalamualaikum, Salam Hujung minggu. Pagi Ahad yang mendung dan cuaca sejuk ni, memang sedap tarik selimut dan tidur. Tapi huda pilih untuk bangun, sebab semangat nak cuba resepi yang huda belum pernah try lagi.  Kali ini huda cuba masak Souffle Japanese Pancake atau Fluffy Japanese Pancake. Dengar nama macam susah jer kan nak buat. Tapi sebenarnya senang jer. Jom huda kongsi video tutorial dari Tasty ( sumber Youtube) 

Resepi Souffle Japanese Pancake/ Fluffy Japanese Pancake

Bahan A 

1) 2 biji telur kuning

2) 1/4 cawan gula 

3) 1/2 cawan susu segar

4) 3/4 cawan tepung pancake ( huda ganti dengan tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder) 

5) Vanilla ekstrak ( untuk hilang bau telur)

Bahan B

1) 4 biji telur putih


Cara-cara

1) Satukan semua bahan A dalam satu bekas dan adun sekata dengan menggunakan hand whisk 

2) Pukul bahan B dengan hand mixer dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi tekstur "meringue" 

 3) Masukkan bahan B yang dah siap dipukul tadi ke dalam mangkuk bahan A, dan adun dengan menggunakan teknik kaup balik dengan menggunakan spatula ( Pastikan jangan terlebih adun, kerana ia akan merosakan tekstur dan kelembutan Souffle Japanase Pancake) 

 4) Bahan adunan yang sudah siap boleh di masak dengan menggunakan non-stick pan dan ring mould untuk dapatkan bentuk pancake yang cantik dan gebu 

5) Masak dengan api sederhana kecil dalam masa 8-10 minit. Kemudian balik kan pancake untuk masak sekata. 

 6) Siap untuk dihidangkan bersama butter, dan madu atau maple syrup. 
( Lagi sedap jika ada buah fresh macam strawberries dan blueberries)




Ini hasil tangan huda. Huda guna ring mould yang agak nipis, dan comot sikit. Ok lah tu, first try buat kan. Memang puas hati, dan suka sangat dengan Souffle Japanese Pancake ni sebab lembut, dan sedap. Hidangan sarapan pagi yang indah dan istimewa hasil tangan isteri untuk suami tersayang. Hehe, mujur suami huda suka sangat dengan resepi yang huda baru cuba ni. InshaAllah nanti huda buat lagi.
some_text

3 comments:

  1. menarik resipi nih.. lama dah tak buat kek. save dulu resipi ni..terimakasih ya huda

    ReplyDelete
  2. bikin ngilerrrr sist pancake nya :)

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages