Panduan Perancangan Menu Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Panduan Perancangan Menu Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun

Panduan Perancangan Menu Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun

Share This
Assalamulaikum. Hari ini huda nak kongsi ilmu nutrisi anak-anak kita. Sebagai ibu, huda menggalas tanggungjawab dalam menyediakan makanan terbaik untuk anak-anak. Namun kadangkala keliru dengan berapa banyak yang anak-anak perlu makan dalam sehari. 
Maka, huda nak kongsikan kepada semua maklumat yang sangat penting dalam diari seorang ibu iaitu Panduan Perancangan Menu Makanan Bayi dan Kanak-Kanak bawah 4 tahun yang telah di sediakan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Panduan Perancangan Menu Makanan Bayi dan Kanak-Kanak bawah umur 4 tahun

Peringkat Pertama-  Dari lahir sehingga berusia 6 bulan


Menu utama : SUSU IBU. Bayi tidak memerlukan air masak atau susu tambahan (susu formula)

Namun, jika hadapi masalah pengeluaran susu ibu, bayi boleh diberi susu formula mengikut sukatan yang sepatutnya. 

Peringkat Kedua - 6 bulan hingga berusia 8 bulan


Pengenalan kepada solid food kepada bayi bagi menampung keperluan tumbesaran bayi selain dari susu ibu. 

Mulakan dengan memberi bayi makan dalam kuantiti kecil iaitu 1/4 sudu teh - 1/2 sudu teh setiap kali.

Seminggu pertama mulakan dengan makanan yang dikisar halus, kemudian diikuti makanan yang dipuri, kemudian makanan di lecek dan separa pejal.

ELAKKAN GARAM, GULA dan PERASA ( kerana ia akan memberi kesan negatif kepada buah pinggang bayi anda!!)

Peringkat Ketiga - 9 bulan hingga berusia 11 bulan


Berikan bayi anda makan makanan yang di cincang halus dan makanan dipotong jejari.

Sila pantau dan makan bersama bayi untuk elakkan masalah tercekik.

Peringkat keempat - 1 tahun hingga berusia 4 tahun


Berikan anak anda makanan yang lembut dan tidak pedas. Kurangkan penggunaan garam, gula dan perasa dalam masakan. Berikan juga anak makan hidangan lauk seperti ayam dan ikan yang di buang tulang. Berikan juga anak-anak sayur-sayuran dan buah-buahan bagi membekalkan zat dan mineral yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka.



Berikut adalah contoh sukatan makanan bagi hidangan utama dan minum pagi dan minum petang. 

Sumber : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Semoga perkongsian huda hari ini menambah ilmu kita sebagai ibu dalam menyediakan makanan harian anak-anak kita. InshaAllah kita usaha memberikan mereka terbaik, anak-anak akan membesar dengan sihat dan bijak
some_text

2 comments:

  1. bagus tips yang bagus untuk mom to be macam yanie.. terima kasih kakhuda.. hihihi

    ReplyDelete
  2. good info huda, IQ pun kadang2 sampai blank nak masak makanan macam mana lagi untuk anak,

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages