Makanan Unik Terengganu

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi tentang makanan unik Terengganu yang huda makan minggu lepas di rumah mertua. 
Huda membesar di Johor, sekolah pun di Johor. Jadi memang huda memang biasa makan makanan Johor, dan kadang-kala susah nak makan makanan negeri lain, tak kena dengan tekak orang kata. 

Namun, bila huda buat keputusan nak menetap di Terengganu di sisi suami tersayang dan keluarga beliau, huda harus belajar makan makanan Terengganu 

Sebenarnya banyak sangat makanan unik di Terenganu ni tau. Memang best dapat peluang makan makanan yang sebelum ni kita tak pernah makan.

Ini singgang sotong. Mula-mula huda tengok mak mertua masak, pelik yer dalam hati ni cakap. Sedap ke sotong masak macam sup ni? Yer la, huda dibesarkan dengan air tangan mak huda sendiri, tak pernah masak apatah lagi makan menu ni. Dah bertahun makan singgang sotong ni, ok lah, boleh jer makan. Tapi memang tak pernah masak singgang seumur hidup ni, sebab kurang berminat dengan singgang. 


Ini pula ketupat goreng. Sekali lagi huda terasa pelik, goreng???? Perlu ke nak goreng ketupat daun palas yang dah masak ( biasa masak dengan cara di kukus/direbus jer dah siap) . Ini lepas kukus, tambah step goreng plak.  Tapi itu lah, cara orang terengganu makan ketupat daun palas ni. Kena goreng bagi garing baru makan. Mula-mula memang huda tak reti nak makan...sebab kena makan dengan ikan panggang.


Huhu, sekali lagi huda pelik..Hah!! Dah la tadi ketupat di goreng, makan pula dengan ikan panggang. Dah tekak ni biasa makan ketupat dengan rendang. Agak sukar nak terima kombinasi yang "unik" ni. 

Ok, tak masuk lagi menu breakfast pulut nyior ( pulut makan dengan kelapa yang di tabur gula bersama ikan panggang) , makan petang pula ada Sata dan Ketupat sotong. Memang unik sangat makanan di Terengganu. 

Memang ambil masa juga tekak huda boleh makan semua makanan unik di Terengganu ni. 

Alhamdulillah, dah bertahun dah bermastautin di Terengganu, boleh la makan, part masak makanan Terengganu jer belum boleh lagi, mujur suami jenis tak kisah sangat, makan jer apa-apa isteri dia masak. Kalau nak makan makanan Terengganu yang unik ini tunggu balik kampung mertua baru la merasa. Huda masih belum terbuka hati lagi nak try masakan unik Terengganu ni. ( atau pun lebih kepada malas, haha... minat try masakan western jer, ngada jer kan?
some_text

Post a Comment

5 Comments

Izyan Balqis said…
huda buatkan IQ rindu makanan terengganu, dlu arwah ummi IQ selalu buat singgang sotong ni. tapi skrg sotong dah mahal...huhu
Fatin Shahrizam said…
Lepasni boleh try cari laa kalau pergi terengganu.
Huda Halid said…
sorry IQ...( sedekah kan Al-Fatihah untuk mak IQ, semoga bertemu lagi di syurga).
last week pun dapat sotong free orang bagi, tu mak mertua masak singgang sotong. semua benda mahal skrg ni..
Huda Halid said…
Betul tu fatin, kalau cuti2 terengganu nnt jangan lepaskan peluang rasa makanan unik kat Terengganu ni
Yuharnis said…
Makanan laut yang dihantar dengan lori makanan yang segar paling segar di Terengganu. Saya sangat suka makan ikan panggang Terengganu kerana dapat rasa bau segar dalam ikan. :D