Apa nak buat bila Bateri Handphone Kembung? - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Apa nak buat bila Bateri Handphone Kembung?

Apa nak buat bila Bateri Handphone Kembung?

Share This
Assalamualaikum semua pembaca CeritaHuda.Com
Hari ini huda nak kongsi kisah handphone kesayangan yang alami masalah bateri kembung.

Ini merupakan pengalaman pertama huda alami masalah seumpama ni. Jadi huda nak kongsi kepada orang lain mungkin alami masalah yang sama.




Beberapa minggu sebelum bateri hp huda kembung, memang kerap handphone ni on off sendiri. Huda fikir masalah handphone yg kerap jatuh kot jadi nya sistem dlm handphone ni dan tak betul. Huda redha jer la. Guna selagi hp ni masih bernyawa.

Beberapa hari lepas, handphone panas sangat lepas The Arifs layan video Youtube, dan huda perasan bahagian tepi sudah terbuka.


Huda agak hp ni terjatuh dan casing dia tercabut. Bawa ke kedai utk betulkan casing. Namun sangkaan huda meleset. Huda langsung tak sangka yang rupa2 yer bateri handphone huda dah kembung! Jika dibiarkan handphone boleh pecah!!


Ya Allah syukur huda cek cepat di kedai. Selepas setuju untuk menukar bateri baru, huda harus membayar deposit RM50 dahulu. Kemudian org kedai menempah bateri baru dari KL. Tunggu 2 hari baru la stok bateri sampai ke Kuala Terengganu.
Huda pun tinggalkan handphone dalam beberapa jam di kedai untuk orang kedai tu repair masukkan bateri baru. Handphone zaman sekarang ni semua bateri built in, jadi nak tukar bateri kena orang yang pakar buat, sebab salah buat habis rosak handphone kita.

Alhamdulillah, handphone huda dah okay. Bateri baru dan tahan lebih lama. Cas sekali boleh tahan lebih 24 jam. 

Kalau korang juga hadapi masalah bateri handphone kembung tu, bawa bertenang. Tak perlu nak beli handphone baru, tukar jer bateri. Zaman sekarang zaman jimat cermat kan, sebab duit mengalir macam air jer. 

Semoga handphone kesayangan huda, terus sihat dan sedia berkhidmat untuk huda lebih lama lagi. Huda sayang sangat handphone ni, sebab ianya hadiah suprise dari encik suami 2 tahun lepas. Tengok handphone ni teringat kenangan indah dapat birthday suprise. =)
some_text

1 comment:

  1. Setuju.. kalau bateri kembung tu better tukar bateri baru. Kalau dibiarkan takut rosakkan fon.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages