Seronoknya The Arifs ke Expo Negaraku

Assalamualaikum. Hai, korang dah pergi ke Expo Negaraku di dataran Merdeka? 
Best sangat tau, The Arifs seronok sangat dapat pergi Expo Negaraku. 
Huda datang ke Expo Negaraku naik GRAB Car, sebab parking limited 
Jom huda kongsi apa yang menarik di Expo Negaraku 



Makan-Makan di Expo Negaraku, sambil layan lagu. Sedap juga suara busker yang buat persembahan di sini. Pilihan makanan pun banyak, ada western, nasi arab, masakan panas dan fast food yang dijual oleh peniaga food truck. 


Huda teruja, sampai-sampai jer dataran merdeka, jam berbunyi dan tengok atas bulan penuh. Memang cantik sangat permandangan waktu malam di sini. 

Sebelum huda datang ke sini,huda ada buat research sikit tentang apa yang ada di Expo Negaraku. 

Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka bermula 15 November hingga 15 Disember, menempatkan lima kubah utama memperincikan mengenai pembangunan infrastruktur terkini dan akan datang.

Kubah 1
Tema: Rasa Bertuah Dirasai Bersama

Tayangan video kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara.

Komen: Best la jugak layan cerita pendek yang sarat dengan mesej berguna.


Kubah 2
Kemudahan infrastruktur

Menyaksikan transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia termasuk lapangan terbang, sistem transit aliran massa hingga ke penjanaan kuasa.


Komen: The Arifs sangat excited. Mama papa pun excited naik MRT, LRT dan yang terbaru projek LRT dari Kuala Terengganu ke KL  tu. Tak sabar yer nak tunggu siap nanti!



Kubah 3
Kehidupan dan kesejahteraan

Program dan inisiatif yang disediakan termasuk daripada aspek kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi, pembangunan inklusif dan lain lain.



Komen: Ok la, banyak info baru dapat dari sini. 


Kubah 4

Gaya hidup Malaysia

Panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, landskap Pulau Langkawi dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.



Komen: Wow!! Best dapat naik cable car dalam ni. Rasa macam real jer.


Kubah 5

Masa depan kita

Paparan visual 360 darjah mengenai gambaran masa depan negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia, Malaysia Vision Valley dan MyHSR.

Komen: Wow!! Hebat betul video dan grafik gambaran masa depan, syok tengok sambil baring. Paling best. anak-anak la paling happy datang sini.




Lepas habis jalan-jalan di semua kubah lebih kurang 1 jam, huda dan anak-anak layan movie Ola Bola di dataran merdeka sambil makan free popcorn dan gula kapas. Memang best sangat2.

Family outing yang paling bermakna di malam Anniversary ke 6 untuk huda dan suami.



Terima kasih encik suami, walau komitmen kerja tak  pernah habis, namun sudi korbankan masa demi gembirakan isteri dan anak-anak. Semoga Allah hadiahkan rezeki yang hebat untuk abang selalu. 
some_text

Post a Comment

2 Comments

Izyan Balqis said…
Best expo negaraku ni. Suka jugak pergi