Movie Review : Star Wars The Last Jedi - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Movie Review : Star Wars The Last Jedi

Movie Review : Star Wars The Last Jedi

Share This
Assalamualaikum, salam pagi sabtu. Huda tahu, ramai yang plan keluar dating tengok wayang hujung minggu dan ada yang plan nak bawa anak-anak tengok wayang cuti sekolah ni kan?
Ada banyak sangat movie baru yang best-best sekarang ni, rasa macam nak layan semua jer, hehe. 
Ok, huda nak kongsi satu movie review, movie baru jer keluar khamis lepas iaitu Star Wars The Last Jedi. 
Untuk mereka yang peminat setia Star Wars Saga, pastinya movie terbaru Star Wars The Last Jedi menjadi movie-must-watch sebab ia merupakan filem kedua dalam Star Wars Sequel Trilogy ( Star Wars : The Force Awaken , Star Wars : The Last Jedi , Star Wars : Episode IX )
Sinopis Movie Star Wars The Last Jedi
Pada plot awal movie ,puak Resistance yang di ketuai Leia Organa mengosongkan tapak utama mereka, kerana kapal angkasa First Order telah sampai ke planet mereka dan mahu memusnahkan puak mereka dan memusnahkan planet mereka. 

Puak Resistance berjaya melarikan diri dari serangan tersebut melalui vessel jump hyperspace. Namun General Hux berjaya menjejaki kapal Resistance dan terus menyerang. 
Di sini banyak konflik berlaku. 
Kylo Ren teragak-agak untuk melepaskan tembakan ke kapal angkasa puak Resistance kerana dia tahu ibunya Leia Organa berada dalam kapal tersebut. Namun ada penyerang lain menembak kapal tersebut dan akhirnya Leia mengalami kecederaan. Sepanjang Leia dalam rawatan, Vice Admiral Amilyn Holdo mengambil alih alam mengetuai puak Resistance. Poe, Finn, BB-8 dan mechanic Rose Tico , tidak bersetujui dengan back up plan yang dilaksanakan oleh Holdo, dan membuat perancangan rahsia antara mereka.
Manakala, Rey telah bertemu Luke Skywalker di water-world Ahch-To. Walau bagaimanapun, Luke  enggan mengajar Rey kerana merasakan dirinya telah gagal menjadi Jedi Master dan menyebabkan anak saudara beliau Ben Solo yang telah dikuasai dark side ,dan lebih kenali dengan nama Kylo Ren.
Namun Rey mendesak Luke untuk mempertahankan puak Resistance yang sentiasa mengharapkan Luke Skywalker tampil membantu. Adakah Luke akhirnya akur dengan desakan Rey? 
Adakah Kylo Ren dan Rey akan bertarung dengan light saber seperti sequel yang sebelum ini? Siapa The Last Jedi tu? Luke Skywalker ke??
Nak tahu kena la tengok, tak best la huda bagi spoiler, movie masih panas lagi di wayang ni, hehe. 
Apa favourite scene huda dalam Star Wars The Last Jedi ?
Ada satu scene, Luke bertemu of roh Yoda, beliau memberikan kata-kata hikmat iaitu 

"Failure is the Greatest Teacher"

Scene ini sarat dengan emosi dan pengajaran. Memang best!


Berapa bintang huda bagi untuk Star Wars The Last Jedi?

Huda bagi 4 bintang, sebab jalan cerita yang menarik, dan action pun memang best. Memang berbaloi huda bayar tiket mahal semata-mata nak tengok movie di hall yang ada Dolby Atmos. 



Ok, sekian movie review kali ini, next time huda kongsi lagi movie review yeer, sebab huda dan suami memang kaki movie. Teringat zaman berdua, layan movie back-to-back pun tak kisah. Sekarang, lepas habis Star wars, cepat-cepat tarik tangan balik, The Arifs menunggu mama papa balik.  Ok, korang selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga tersayang dan cipta kenangan terindah di 2017 yang masih berbaki 2 minggu sahaja lagi


some_text

4 comments:

  1. Lama giler tak tengok wayang. Sekarang ni layan movie kat rumah je. Huhu...

    ReplyDelete
  2. Lynda lama tak tgk movie. Tapi tak layan sgt Star Wars.hehe

    ReplyDelete
  3. belum berkesempatan lagi ina nak tengok. taksabar nk p tengok ni.. tengok jalan cita dia...ni

    ReplyDelete
  4. tak pernah minat tengok filem ni...huhu =p

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages