Jom "Eat-Clean" untuk lebih sihat!

Assalamualaikum, Selamat hari isnin. Berbaki 2 minggu lagi 2017 bakal melabuhkan tirainya. Tahu tak, benda paling tak best dalam 2017 ni adalah huda rasa gemuk dan buncit. Ramai sangat dah tegur. Berisi ker? berisi dengan lemak ada la, hehe. Lepas stop breasfeeding adik hakim, mendadak rasa naik berat badan. Rasanya dah tak boleh tangguh dah misi "eat-clean". Balik kampung sendiri makan macam-macam, balik rumah mertua, makan makanan berlemak (gulai ayam dan nasi dagang, dan macam-macam lagi). Makan dengan rasa bersalah pada diri sendiri.


Ok, huda dah kembali pulang ke rumah sendiri dan waktu terbaik nak start makan ikut tekak sendiri dan yang penting amalkan konsep " Eat-Clean". 

Bermula minggu ni huda hadkan travel ke mana-mana, jadi boleh fokus misi eat clean dan sedia makanan sendiri yang mengikut konsep " Eat-Clean".


 Apa itu " Eat-Clean"?


"Eat -Clean" adalah cara pemakanan yang mengamalkan makanan " whole-food" seperti buah-buahan, sayur-sayuran , lean protein dan produk wholegrain. Ia juga mengelakkan/ mengurangkan pengambilan gula dan garam berlebihan, snek dan makanan yang telah diproses ( nuget, sosej, bebola ayam/daging). 


Alhamdulillah, hari ini cubaan pertama tahun 2017 bagi anak-anak makan beras perang. Last makan beras perang rasanya 2 tahun lepas.  Yeay, happy sangat sebab pinggan licin siap minta tambah lagi. Lepas ni memang beli beras perang jer la kat rumah huda ni.  Walau harga sedikit mahal berbanding beras biasa, tapi khasiatnya teramat banyak untuk kesihatan. Amalkan diet tanpa perlu berlapar.


Kenapa huda ajak korang "Eat-Clean"?

Tahu tak dengan amalkan " Eat-Clean" ni korang boleh bakal menikmati 5 kesan ni :- 

1) Penurunan berat badan dan atasi masalah perut buncit. 

2) Gigi dan gusi yang sihat  dan mengurangkan risiko berlaku kaviti 

3) Rambut dan kuku lebih sihat ( sebab badan kita menikmati kebaikan nutrient yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar)

4) Mengurangkan risiko penyakit kritikal seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser. 

5) Menjimatkan duit sebab kita akan lebih kerap memasak di rumah berbanding makan di luar ( sebab mostly makanan diluar menggunakan bahan perasa, gula dan garam berlebihan dan mengandungi makanan yang diproses)

Selain itu, mood korang pun akan lebih stabil sebab "eat-clean" ni menggalakkan kesihatan mental dan fizikal. 

Macamana nak start  "Eat-Clean"?

Mudah yer, ikut " The 10 Rules of Clean Eating" 


 
Huda selalu ingatkan diri huda sendiri. Huda pernah sakit teruk, tanggungjawab terabai, dan rasa putus asa dengan hidup. Namun Allah sayangkan huda dan bagi huda peluang dan nikmat sihat kembali. Huda nak jaga hadiah "sihat" dari Allah ini sebaik-baiknya. 
Di penghujung tahun ini, jom kita sama-sama bagi hadiah paling best untuk diri sendiri iaitu "SIHAT" dengan cara pemakanan kita setiap hari. Apa yang kita makan hari ini penentu diri kita hari esok. 
Jom " Eat-Clean"!
some_text

Post a Comment

6 Comments

azlina ina said…
thanks sharing huda.jom sama sama sihat.. tiap malam pun, memang makan epal
Lynda Che Lah said…
Lynda sahut cabaran ni!
Huda Halid said…
tapi huda pernah baca tak elok makan epal waktu malam sebab boleh ganggu penghadalam ketika tidur.
Huda Halid said…
huda nak follow kak min, jeles tengok dia kurus
Huda Halid said…
Jom kita sama-sama sihat, untuk diri sendiri juga.