Food Review : Myeong-Dong Topokki Kuala Terengganu - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Food Review : Myeong-Dong Topokki Kuala Terengganu

Food Review : Myeong-Dong Topokki Kuala Terengganu

Share This
Nak pergi korea makan makanan korea macam lama lagi jer kan nak merasa, jadinya jom la kita merasa makan kat Myeong-Dong Topokki di Kuala Terengganu. 



Masa huda tahu Myeong-Dong Topokki buka branch di Kuala Terengganu memang excited nak cuba. Allhamdulillah, murah rezeki huda dapat makan dan boleh "belanja" anak-anak dan juga adik ipar makan sekali. Jom tengok apa kitorang makan hari ini. 


Set Dol Sol Bibimbap ( Daging)
RM 19.80


Topokki dan Hangul Chicken 
RM 18.50


Dakgalbli Chicken Deopbap ( with cheese)
RM 16.90


Hangul Chicken Ramyun (Spicy) 
RM 17.80


Hangul Chicken Ramyun ( Plain) 
RM 17.80


Kimali 
RM 4.50

  
Soondubu Jingae ( Daging)
RM 17.80

Setiap set makanan di dapat free green tea, boleh pilih nak cold green tea atau hot green tea. Free Refill untuk air dan banchan ( side dish yang 3 serangkai tu - ada ikan bilis, kimchi dan sayur.) Tapi kalau korang tak suka minum green tea ( sebab memang tawar tapi healthy tau) boleh la order #My DrinksToday . Rasa macam soda herbs. Huda suka!


Nak tahu mana satu hidangan yang huda paling berkenan?

Jawapannya adalah Dakgalbli Chicken Deopbap ( with cheese). Huda dan suami paling kenan hidangan yang ni. Next time pergi memang wajib order yang ni. Menu lain pun boleh tahan sedapnya. Memang puas hati dan kenyang sangat kami semua makan di sini. 

Biasa la, bila makan banyak ni, mesti rasa nak pergi toilet kan? Disini pun ada kemudahan toilet yang bersih. Siap ada tulisan korea depan pintu toilet, konon2 feeling pergi makan kat korea jer, hehe..


Cuba tengok gambar ni, siapa yang paling khusyuk makan..hehe.. 


Couple Blogger in action. 
Bangga dapat pakai baju Kelab Blogger Ben Ashaari setiap kali job review di Kuala Terengganu. 


Sempat juga bergambar dengan manager di sini, Mr Edward, yang sambut kami tepat pukul 1 petang tadi dan  beri servis tip top sepanjang kami di sini. Team Myeong Dong Topokki yang lain pun sangat bagus, ajar kami cara makan yang betul dan bagi tips-tips nak bagi lebih sedap time menikmati hidangan. Maklum lah, bukan selalu pun makan makanan korea ni, memang terkial-kial juga la masing-masing tadi. Hehe...




Kat sini selalu fullhouse tau, jadi huda recommend untuk booking dulu sebelum datang dengan hubungi :

Myeong Dong Topokki Kuala Terengganu
No 13, Tingkat bawah, Jln Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu
09- 6222283

Like dan Follow

Fb Page : Myeong Dong Topokki
Instagram : @myeongdongtopokki

Sekian review huda hari ini, InshaAllah dalam masa terdekat ini huda akan kongsikan video special review di Myeong Dong Topokki di channel Youtube CeritaHuda. Jumpa lagi di review akan datang. Bila-bila korang bercuti di Kuala Terengganu jangan lupa singgah di Myeong-Dong Topokki Kuala Terengganu ye!


28 comments:

  1. Fuu balik kampung nanti boleh try ni

    ReplyDelete
  2. Wahh... menu Korea dah ada kat Ganu. Ok bookmark save! Thanks Huda

    ReplyDelete
  3. Seronoklah orang Terengganu dan kawasan sekitar dapat menikmati makanan Korea dengan tidak perlu berbelanja besar untuk ke Korea. Apa yang penting ianya sedap dan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, nak g korea tak mampu lagi Pak Ya. kita feeling2 macam kat korea makan korean food jer lah.

      Delete
  4. Wow balik ganu boleh try , nak ke korea xmampu lg kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, try la nnt qaseh, feeling2 makan street food kat Myeong-dong

      Delete
  5. Sedapnyaa topokki dengan dakgalbli ciken!!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. try la nadia, huda pun saja nak try jer makan sini, boleh tahan juga sedapnya

      Delete
  7. Baru sekali hari tu try makanan Korea.. Not bad.. Bolehlah layan.. InsyaAllah kalau ke Terengganu boleh la try kat sini pulak..

    ReplyDelete
  8. nampak sedap..saya pernah try sekali makan makanan korea

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba makanan Korea. Kalau makanan jepun memang tak kena dengan tekak. Nanti bole la try area lembah klang ni....

    ReplyDelete
  10. pergh.. tak expect pun dekat terengganu akan ada restoran korea! menarik ni. tak tahulah bila akan ke terengganu lagi tapi kalau pergi, mesti akan singgah sini. woohoo!

    ReplyDelete
  11. Mak aih not bad juga korean food punya price... tapi memamg makanan mahal sangat nowadays grr

    ReplyDelete
  12. wah tak sangka kat terengganu ada kedai makanan korea yg agak gempak juga..perlu viralkan ni

    ReplyDelete
  13. Wah di KT pun ada kedai makan makanan Korea..esok nk balik Ganung ni..boleh singgah sini

    ReplyDelete
  14. Selalu tgk running man boleh blajar menu mkann dorang tp nk cuba tu mxm susah je nk crikan restaurant korea..gpon xtahula pndai makan ke x..hehe..

    ReplyDelete
  15. Sal tak pernah try makanan korea lagi .. macam sedap je bila tgk pic tu .. yg unik air tu soda herbs...packaging pun menarik.

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap semuanya. Teringin nak try korea food. Tapi takut tak kena dengan selera tekak 😁

    ReplyDelete
  17. they have quite a lot of branches. very affordable price

    ReplyDelete
  18. fuhhhh kat ganu mati2 ingat kat kore siap baca balik title dia. nampak best nak sedap... nak kena try kalau g sana nanti.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah cuba makanan Korea, nampak sedap semuanya!

    ReplyDelete
  20. It seems like going Korea and enjoy Korea food. New place to explore.

    ReplyDelete
  21. Salam..status halal dia mcm mane ye

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages