Alhamdulilah Huda Menang Lazada Blogger Contest. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Alhamdulilah Huda Menang Lazada Blogger Contest.

Alhamdulilah Huda Menang Lazada Blogger Contest.

Share This
Alhamdulillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. 
2017 mencipta macam-macam kenangan indah untuk huda, dan semalam petang huda di kejutkan dengan berita gembira. 

Masa cek emel dari Lazada untuk pengumuman pemenang Blogger Contest, huda tak mengharap apa-apa, sebab sebelum ni bila join contest selalu tak menang. hehe. 



Tapi bila ada nama penuh tertulis untuk 2nd Prize Winner, terus rasa, betul ke ni? 

Jerit panggil suami.. "beeeeeee.....tengok ni.."

Alhamdulillah, email confirmation untuk minta details pun dah siap isi. 



Suami pun tumpang happy isteri dia yang over excited first time menang contest Lazada setelah beberapa kali join Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia. dan akhirnya di penghujung tahun 2017 rezeki huda merasa menang contest. 

Rezeki Allah memang tak pernah salah alamat. 
Kejayaan menang contest Lazada untuk kali pertama (tahun ini juga huda berjaya menang contest SGShop 2 kali ) 

InshaAllah lepas ni nak rajinkan diri join contest-contest lain pula. Setiap rezeki yang Allah hadiahkan huda yakin, semuanya rezeki anak-anak dan suami, huda tumpang jer rezeki diorang. Sebab bila dapat duit ke shopping voucher ke, fikir nak belikan diorang itu ini, untuk diri sendiri tu nombor dua. Berbeza kan bila dah jadi isteri dan mama ni, family always number first! InshaAllah, semoga tahun baru yang bakal tiba ini membuka 1001 pintu rezeki yang tidak disangka-sangka untuk kita semua. 

Sesungguhnya Rezeki itu Rahsia Allah. Terima kasih untuk semua ucapan tahniah dari keluarga dan rakan-rakan untuk huda semalam. Semoga Allah balas kebaikan berlipat kali ganda untuk korang semua! 

some_text

9 comments:

  1. Bestnyaa. Tahniahh, boleh shopping sakan laa dekat lazada.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Huda...leh shopping di Lazada.

    ReplyDelete
  3. Tahniah huda.. Taw perasaan bila menang contest ni.. Sbb saya pun pernah dah menang lazada 3kali dapat kamera dan voucher hihihihi.. Sg shop 3 kali menang.. Rezeki menang kongsi dengan suami dengan ma dan mil..

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages