8 Tips Kembara Sihat - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

8 Tips Kembara Sihat

8 Tips Kembara Sihat

Share This
Assalamualaikum Salam Hujung Minggu. Ramai yang manfaatkan cuti penghujung tahun 2017 ini dengan percutian bersama Keluarga tidak kira percutian dalam negara atau luar negara.


Jom kita kongsi bersama infografik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tentang 8 Tips Kembara Sihat untuk panduan kita bersama.



8 Tips Kembara Sihat - Semasa Bercuti Di Dalam / Di Luar Negara 


1)  SELIDIK - dari segi pemakanan sepanjang perjalanan dan di tempat penginapan. Selidik juga persekitaran tempat yang bakal di kunjungi ( di sini la ramai orang akan google dan baca blog review dari blogger. Huda sendiri akan habiskan selidik dan baca pengalaman blogger lain sebelum pergi ke sesuatu tempat, kuasa review dari blogger tu sangat penting dalam bab travel) 

2) REHAT SECUKUPNYA - Rehat untuk kembali bertenaga dan membantu memastikan badan kita sihat. Nak holiday haruslah badan sihat bertenaga, baru best nak terokai dan nikmati keindahan alam.

3) MINUM AIR - Paling penting untuk pastikan badan kita sentiasa hidrat. Huda sentiasa pastikan bekalan air untuk anak-anak dan suami terjaga dengan bekalan botol air untuk mereka.

4) BEKAL SNEK - Snek adalah perkara wajib yang pasti bawa, terutama bila travel dengan anak-anak. Mereka ini kalau penat berjalan akan cepat lapar.

5) KEKAL AKTIF - Tips untuk kekal aktif sepanjang bercuti adalah buat senaman ringan seperti rengangan dan berjalan kaki

6) HIDRASI KULIT - Kesihatan kulit juga harus di jaga. Penyelesaian mudah guna sahaja TRAVEL SET COSMODERM 

7) BERSARAPAN - Sebelum mulakan aktiviti percutian anda, pastikan perut sudah di isi dengan makanan sarapan yang berkhasiat 

8) BIJAK MEMBELI - Jangan ambil mudah tentang di mana tempat makan dan berapa banyak duit harus di gunakan untuk membeli. Makan di makanan yang ada sediakan menu sihat ( dapat elakkan kita sakit perut jika tersalah makan ketika bercuti ) dan bijak membeli barangan dengan harga yang berpatutan. 






Semoga perkongsian huda ini bermanfaat untuk semua yang tengah bercuti ke bakal bercuti ke, atau yang sedang merancang untuk bercuti. Pesan huda jaga diri dan jaga keselamatan anak-anak. Doa musafir dan doa menaiki kenderaan jangan lupa baca yer, semoga Allah sentiasa melindungi kita semua sepanjang bercuti. 



Kredit : KKM dan Bank Islam


some_text

8 comments:

  1. Good info. Cukup persediaan baru lancar pejalanan. Thanks sharing ^^

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni. Tahun ni ada baby terpaksa tangguh ke tahun depan. tunggu baby besar sikit. keep on sharing ye

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab mengingatkan berkenaan doa-doa untuk travelling tu. Yang tips atas tu memang saya buat setiap kali travel. Terima kasih ye

    ReplyDelete
  4. wah.. tips yang bagus untuk persediaan travel / bercuti ke mana-mana.. memang perlu buat search sikit tentang tempat-tempat nak kita lawati tu, supaya boleh buat persediaan yang sepatutnya.. kan

    ReplyDelete
  5. Bagus perkongsian tips untuk travel ni..ada 2,3 perkara perlu diambil berat semasa travel bersama anak.

    ReplyDelete
  6. Yg penting jangan lupa roaming data internet dulu

    ReplyDelete
  7. Bagus tips ni. Akak akan cuba buat time travel nanti. Selalunya baca doa saja..

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Ni antara tips penting kalau mengembara sebenarnya. Selain tu jangan malu bertanya dengan orang tempatan dan selalu tenang dalam sebarang permasalahan. Waktu cuti begini lagilah perlukan tipa begini!

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages