Tahniah Sayang!

10:54 pm
Assalamualaikum. Hari ini huda nak tulis tentang cerita pagi tadi. Drama antara huda dan suami. 

Pagi tadi, huda suruh encik suami cekkan payment job blog dah masuk tak, sebab ada urusan nak gunakan duit hari ini. Huda bila balik kampung sendiri, memang sibuk, semua serah pada suami jer handle urusan bisnes. 

Tiba-tiba encik suami ucapkan " Tahniah Sayang!" 

Huda mula-mula blur, tahniah untuk apa ni? lama dah tak dapat ucapan tahniah ni. 

Rupa-rupanya encik suami ucap tahniah sebab pencapaian huda setelah 4 bulan serius menulis diblog berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan. 

Terharu sekejap bila encik suami cakap macam tu. 

Blog huda ini tiada apa-apa jika encik suami tidak bantu bangunkan, upgrade theme blog yang responsive dan SEO-Friendly, dan juga reka bentuk logo idaman hati huda. Semuanya sebab suami huda yang bantu. Rasanya ucapan tahniah ini berhak untuk dia juga. 

Terima kasih B, dengan restu dan izin serta support berterusan, inshaAllah dari blogging ni, huda boleh jana pendapatan lebih banyak di masa hadapan. 

Ramai juga kenalan dari keluarga dan rakan terdekat yang tanya, macamana huda boleh pergi event, pergi hotel sana sini, jalan sana sini. semuanya huda dapat dengan blogging. 

Menyesal juga start lambat dengan blogging dengan serius padahal dah lebih 5 tahun mula menulis diblog. 

The Right Thing Happens at The Right Time. Jadi tak perlu nak fikir masa yang berlalu, inshaAllah huda akan terus fokus menulis , terus berkongsi dan bercerita. 

Tulis yang baik-baik, perkara yang berfaedah semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain dan diblog ini juga huda abadikan memori bersama anak-anak. Kelak di masa hadapan, anak-anak akan baca blog mama ni. 

Ucapan " Tahniah Sayang!" hari ini sangat bermakna untuk huda. Terima kasih B. 



Without you, I'm nothing. 

With you, I'm something. 

Together, we're everything.

some_text

1 comment:

  1. Tahniah juga Huda. Lynda pun dah merasa sedikit sebanyak bestnya blogging. TQ juga pada Huda sebab selalu support

    ReplyDelete

Powered by Blogger.