Tahniah JDT Juara Piala Malaysia 2017

11:35 am
Assalamualaikum semua! 
Siapa tengok bola semalam? Huda pun sebenarnya bukan kaki bola sangat. Guess what, last huda tengok bola betul-betul, depan TV tak berganjak masa tahun 2011, masa zaman bercinta. Lepak mamak layan bola berjam memang seronok. 
Semalam huda decide nak fokus tengok perlawanan akhir JDT Vs Kedah. Salah satu sebab mestilah, darah orang Johor mengalir dalam diri ni, walau dah pindah negeri lain, Johor sentiasa di hati. 

Huda rasa sangat berbaloi huda tengok bola malam tadi.

Seawal minit kedua JDT dah jaringkan gol, hasil tandukan pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak. huda dapat rasa tuah juara milik JDT malam tadi. 


Tuah milik Johor sekali lagi dengan jaringan gol ke dua dari Gonzalo Cabrera pada minit ke-62 



Tahniah ,Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas berjaya menjulang Piala Malaysia 2017 malam tadi. I'm proud to be Johorean.

Tahniah juga Kedah, semalam game memang best. baru best layan bola bila dua-dua pasukan tunjukkan aksi perlawanan yang sengit. Cuma rezeki dan tuah milik Johor semalam. Rezeki dan tuah memang rahsia Allah kan? Sekuat mana kita berusaha, namun Allah juga penentu kejayaan. 

Tak perlu salahkan tiang gol ke, penjaga gol kedah ker, semuanya tak bersalah pun. 

Sekali lagi, itu REZEKI dan TUAH kurniaan Allah. 

Ok, JDT dah bertuah menang Piala Malaysia semalam, bagaimana rezeki kita pula? 


Adakah kita bertuah dapat apa yang kita inginkan dalam hidup? 

Sebagai blogger, huda juga harapkan rezeki dan tuah yang hebat datang, inshaAllah, huda usahakan dengan amalkan >> AMALAN PELARIS BISNES<< , kita hanya mampu berusaha, semoga Allah hadiahkan rezeki yang terbaik hari-hari mendatang..Amin..

Kredit Photo : Astro Awani , Utusan


some_text

1 comment:

Powered by Blogger.