Pengalaman Pertama Arif ke Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran

Assalamualaikum. Hari ini huda temankan Arif Haikal ke Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Negeri Terengganu Darul Iman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.



Ini merupakan pengalaman pertama Arif dan juga pengalaman pertama huda hadiri majlis yang berkat ini. Alhamdulillah, walaupun umur Arif baru 5 tahun, namun Arif terpilih bersama 29 pelajar 6 tahun di Tadika Yayasan Islam cawangan TJ. Rasa sebak dan bersyukur, Arif terpilih untuk memeriahkan majlis ini bersama pelajar tadika lain di Kuala Terengganu.

Seramai 8,703 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun diraikan dalam Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika secara serentak di seluruh Terengganu hari ini. Ia membabitkan 1,552 kanak-kanak di Besut, Kemaman (1,298), Kuala Terengganu (1,202), Kuala Nerus (1,200), Dungun (1,080), Marang (857), Hulu Terengganu (839) dan Setiu (675).

Program ini melibatkan kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNINT). Baguskan ada program pintar Al-Quran ini, dalam satu majlis semua jenis tadika akan duduk bersama membaca Al-Quran. 

 

Majlis di mulakan dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai. Rasa tenang dan berkat berada di majlis ini. Suara anak-anak kecil yang membaca alunan ayat Al-quran bergema di Stadium Tertutup di Kompleks Sukan Negeri Terengganu pastinya membuatkan huda rasa bertuahnya menjadi sebahagian ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika di Kuala Terengganu. Huda tak tahu jika negeri lain ada menganjurkan program seumpama ini. 

Semoga anak-anak yang meriah majlis hari ni, semua menjadi tahfiz, memahami dan mengamalkan segala ilmu yg terkandung dalam Al-Quran. 



Terdetik dalam hati, berbaloi segala pengorbanan huda dengan mengambil keputusan penting dalam hidup untuk lupakan cita-cita dan fokus dalam mendidik anak sepenuh masa dan berpindah ke bumi Terengganu. Satu demi satu kejayaan dan berita gembira Arif hadiahkan untuk huda dan suami. 




Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang mencurah-curah untuk Arif. Setiap senyuman yang terukir di bibir Arif membuatkan huda sebak.... Terima kasih Ya Allah pinjamkan Arif Haikal sejak hari pertama huda tahu huda pregnant awal Januari 2011 hingga kini.. Semoga anak mama sorang ni sentiasa terang hati dan menjadi tahfiz satu hari nanti. InshaAllah, huda juga doakan Adik Arif Hakim ikut jejak abangnya.  Amin...
some_text

2 comments:

Powered by Blogger.