Movie Review : Thor Ragnarok


Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi tentang movie review , filem Thor Ragnarok, yang huda baru tonton semalam. 

Apa tu Thor : Ragnarok?

Thor tu..Thor la kan...siapa tak kenal Thor, tak payah nak layan cerita ni..hehe
Ragnarok tu merujuk kepada " the destruction of his homeworld and the end of Asgardian civilization"



Siapa yang nak hancurkan Asgard?
Hela, anak sulung kepada Odin, kakak si Thor. Adik beradik, tapi kakak yer jahat sangat. Hela - Goddess of Death.


Permulaan cerita, Thor jumpa Hela dan gaduh. Dan Hela ni sangat powerful, tukul Thor tu senang-senang jer dia hancurkan. 

Akibat pergaduhan tadi Loki, gunakan kuasa dia untuk lepaskan diri dari pergaduhan, namun Loki dan Thor tercampak ke planet asing. 

Di Planet asing tersebut, Thor bertemu fellow Avenger--the Incredible Hulk! Bertemu untuk bertanding siapa lagi kuat. Disini juga Thor dapat new hair cut tanpa relanya. tapi ok apa, hensem..


Thor terperangkap di planet yang jauh dari Asgard. Thor berusaha pelbagai cara untuk lepaskan diri demi selamatkan Asgard dari ramalan Ragnarok yang bakal berlaku. 

Adakah Thor berjaya selamatkan Asgard dari kehancuran?
Adakah Thor berjaya menewaskan Hela?

Nak tahu, pergi la tengok. Huda tak nak bagi spoiler.. hehe

Sebelum tu meh layan trailer dulu


Thor Ragnarok Movie Info :

Rating:PG-13 (for intense sequences of sci-fi violence and action, and brief suggestive material)
Genre:Action & Adventure, Drama, Science Fiction & Fantasy
Directed By: Taika Waititi
Written By: Eric Pearson
Runtime: 130 minutes
Studio: Walt Disney Pictures

Apa moral values atau pengajaran yang huda dapat lepas tonton movie Thor: Ragnarok ?

Salah satu value yang penting bila jadi ketua atau pemimpin ni, kena pentingkan rakyat jelata. Bak kata Si ayah Thor, Asgard is not a place, but the people.

Lagi satu moral value yang huda suka adalah kekuatan diri kita sendiri adalah dari dalam, bukan kita kuat sebab senjata kita ada. Macam Thor dah kehilangan tukul ajaib dia tu, Odin perli dia, Thor ni God of Hammer ke God of Thunder?


Last but not least, movie ini menunjukkan betapa team work itu sangat penting. trusted side kick dan respect leader sangat penting. Bila kita sorang, kita akan rasa tak mampu, tapi dengan ada team mate, tiada yang mustahil.

Ok itu sahaja review huda kali ini. Cerita Thor Ragnarok BEST!! Huda bagi 4 bintang🌟🌟🌟🌟

Jumpa lagi di review movie akan datang.


some_text

No comments:

Powered by Blogger.