Movie Review : Only The Brave

Assalamualaikum semua. Hari ini huda nak cerita tentang Movie Review : Only The Brave

Only the Brave merupakan filem biografi yang diarahkan oleh Joseph Kosinski. Filem ini adalah kisah benar berdasarkan article "No Exit" yang di tulis oleh Sean Flynn. 




Filem Only The Brave ini mengisahkan tentang perjalanan Granite Mountain Hotshots, sebuah pasukan pemadam kebakaran hutan sekitar Amerika Syarikat yang telah banyak berjasa kepada orang ramai. Mereka telah dinobatkan sebagai hero dihati penduduk setempat kerana peranan mereka sebagai pasukan pemadam kebakaran hutan telah menyelamatkan bukan setakat ratusan, malahan ribuan nyawa.

Kisah mereka bermula dari sebuah pasukan  yang tidak dikenali kepada satu pasukan yang menjadi nadi kebanggaan setiap orang. Berpunca daripada tekanan yang diterima oleh Eric, (ketua pasukan Granite Mountain Hotshot) dia berazam untuk menjadikan pasukannya dikenali dan boleh berada dibarisan hadapan sewaktu proses pemadaman kebakaran berlaku. Kerana masih belum mendapat sijil kelayakan, pasukan mereka dianggap sebagai pasukan picisan oleh pasukan pasukan Hotshot yang lain. Pada awalnya kerja mereka hanyalah sebagai pembersih kawasan persekitaran yang telah dijilat api.

Namun berbekal semangat dan kebijaksanaan Eric dalam meramal arah pergerakan api membuatkan dia bertekad untuk menjalani sesi penilaian. Dalam sesi penilaian, konflik berlaku apabila pendapat Eric bercanggah dengan pendapat penilai yang ada disitu. Dia bukan sahaja membantah pendapat penilai itu malah menengking dan mengherdik penilai tersebut kerana dia yakin keputusannya adalah tepat.

 Mengabaikan kehadiran penilai ditempat itu, Eric mengarahkan pasukannya mengikut apa yang telah diputuskannya. Pasukannya bergerak dengan pantas dan cekap dalam menyelamatkan nyawa penduduk yang berdekatan dan akhirnya terbukti, keputusan yang dibuat oleh Eric adalah tepat. Hasilnya pasukan mereka berjaya mendapat sijil kelayakan dan pasukan mereka diberi nama
 " Granite Mountain Hotshot"

Image result for only the brave die in fire
Eric March ( Ketua Pasukan ) mengarahkan anak anak buahnya supaya cepat memadamkan api yang sedang marak


Bermula dari saat itu, kisah perjalanan mereka bermula. Mereka telah bergerak di serata tempat sekitar Amerika Syarikat dan berjaya menyelamatkan ribuan nyawa. Nama mereka sudah melekat dihati penduduk setempat sebagai hero. Detik detik kemuncak cerita ini adalah semasa mereka berhadapan dengan kebakaran hutan di Yarnell Hill, Arizona pada Jun 2013.

Related image
 Yarnell Hill, Arizona pada Jun 2013.

Tragedi berlaku apabila Eric mengarahkan pasukannya untuk menyelamatkan sebuah perkampungan kecil di Yarnell Hill. Akibat cuaca yang tak menentu dan gerakan angin yang berubah secara tiba tiba mereka terperangkap dalam kebakaran yang sangat dasyat. Berbekalkan sarung kalis api yang ada, kesembilan belas ahli pasukan Mountain Granite menyerahkan nyawa mereka kepada takdir dengan berselindung dalam sarung itu berharap dapat bertahan sehingga api itu padam dengan sendiri.

Setelah api padam, pasukan penyelamat di kerahkan untuk ketempat dimana pasukan Granite Mountain terperangkap. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, mereka kalah kepada api yang sangat dasyat dan kesembilan belas ahli Granite Mountain telah rentung di jilat api.


Plot cerita pada awalnya agak mendatar, namun di plot-plot terakhir pastinya semua orang yang menonton filem Only The Brave ini akan mengalirkan air mata. Filem Only The Brave ini adalah tribute kepada 19 orang ahli pasukan Granite Mountain Hotshots yang terkorban ketika tragedi Yarnell Hill Fire.

Antara babak babak yang menyentuh emosi adalah pada saat sewaktu mayat mereka ditemui. Suasana yang mendebarkan diiringi lagu yang menyayat hati membuatkan hati ini pilu dan mata ini menitiskan air mata melihat 19 mayat yang rentung dijilat api dijumpai. Ditambah pula dengan tangisan dan airmata ahli keluarga mereka terutama isteri-isteri yang telah kehilangan para suami yang menjadi tempat pergantungan mereka.

Juga tidak dilupakan watak isteri kepada Eric yang telalu inginkan anak, namun kerana kesungguhan Eric terhadap kerjayanya, Eric sedikit sebanyak telah mengabaikan isterinya dan membuatkan isterinya menjadi sunyi. Kehilangan Eric memberi tamparan kepada hidup isteri beliau selepas itu di mana dia terpaksa menjalani hidup seorang diri tanpa suami mahupun anak. 

Filem ini memang memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya, terutama sekali mereka yang mempunyai keluarga, dan orang yang tersayang dalam hidup mereka. 

Ia juga menerapkan nilai motivasi dengan mewujudkan watak seorang penagih dadah yang boleh berubah menjadi insan berguna kepada masyarakat dengan kehadiran "push factor" yang paling kuat iaitu kehadiran anak dalam hidup beliau. Walaupun pada awal penyertaannya dalam pasukan Granite Mountain ini mendapat tentangan dan cacian daripada ahli pasukan yang lain, semangatnya untuk membuktikan bahawa dia seorang ayah yang berguna kepada anak yang baru lahir membuatkannya terus sabar dan bersemangat untuk menjadi ahli pasukan yang sebagus rakan-rakannya yang lain. Akhirnya orang yang selalu mencaci dan membulinya beliau pada awalnya berubah menjadi rakan karibnya sendiri.

Related image
Brendon McDonough (bekas penagih dadah ) bersama kawan baiknya

Image result for brendan mcdonough
Brendon McDonough yang sebenar. Satu satunya ahli Granite Mountain yang terselamat dalam tragedi Yanell Hill Fire

Jika anda perlukan motivasi dan inspirasi hidup, huda sangat sarankan untuk anda tonton. filem Only The Brave.

Jom layan trailer Filem Only The Brave






GENRE: Action / Drama
DURATION: 135 Minutes
RATING : PG-13

Filem inspirasi kisah benar ini sarat dengan "moral values" . Antaranya semangat setiakawan, dan bekerjasama dalam pasukan sangat penting.

Related image
Gambar kenangan apabila mereka menyelamatkan sebuah pokok yang sangat tua di kawasan kejiranan mereka
Jangan give up jika mahu berubah menjadi lebih baik, jadikan keluarga inspirasi untuk berjaya dalam hidup. 

Favourite quote dalam filem Only The Brave 
" What is the reason i can live with and die without .....its you"

P/s : Pastikan korang bawa tisu yer kalau nak tonton filem ni. 

Ok, sekian coretan huda di petang selasa yang hujan lebat di bumi terengganu ni. doakan Allah jauhkan musibah banjir...Amin..

  some_text

Post a Comment

3 Comments

Amyra said…
Macam menarik jer nie..boleh la terjah panggung wayang nanti..
Huda Halid said…
memang menarik pun sebab true story, memang menyentuh hati.