Monsun Timur Laut 2017 Sudah Bermula!

5:17 pm
Assalamualaikum. Selamat Hujung Minggu semua pembaca blog ceritahuda.com.
Hari ini huda nak kongi hebahan dari Jabatan Meteorologi Malaysia tentang Monsun Timur Laut 2017 yang sudah bermula!


Jom kita belajar sikit ilmu sains hari ini tentang bagaimana perubahan monsun boleh berlaku.

Angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun timur laut (Rajah 1), monsun barat daya (Rajah 2) dan dua musim peralihan monsun (Rajah 3) yang lebih pendek.)
Monsun Timur Laut
  • Bermula pada bulan November hingga Mac.
  • Angin lazim dari arah timur laut.
  • Kelajuan angin 10-30 knot.
  • Musim yang lembab (anggaran 4-5 luruan monsoon yang boleh menyebabkan banjir).
Rajah 1
  
Monsun Barat Daya
  • Bermula pada bulan Mei hingga September.
  • Angin Lazim Dari Arah Barat Daya.
  • Kelajuan angin kurang dari 15 knot.
  • Musim Yang Relatif Kering, kecuali Sabah
Rajah 2
  
Tempoh Peralihan Monsun
  • Bermula pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November.
  • Angin adalah lemah dari pelbagai arah.
  • Palung Khatulistiwa merentangi Malaysia
  • Kerap berlaku ribut petir pada waktu petang.
Rajah 3

Kenyataan media di bawah yang di keluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains dan Teknologi untuk rujukan kita semua. 
Doa huda, semoga tahun ini Allah perlihara Kelantan dan Terengganu dari bencana bah besar. Huda yang menetap di Terengganu pastinya risau setiap kali masuk bulan November ni. Segala ujian datang dari Allah kan? cuaca hari ni pun Allah yang tentukan, manusia hanya mampu membuat ramalan dengan ilmu sains. Jadi sama-sama kita tawakal. 

Sumber : Malaysian Meteorological Department
Kredit Gambar : MStar
some_text

1 comment:

Powered by Blogger.