Jom Habiskan Masa Berkualiti Bersama Keluarga di Kompleks Sukan Gong Badak

Assalamualaikum semua. Hari ini huda nak kongsi tempat huda selalu riadah pada waktu pagi dan petang di Kompleks Sukan Gong Badak.
Huda nak ajak korang semua jom habiskan masa berkualiti bersama keluarga di Kompleks Sukan Gong Badak ini kerana tempat ini lengkap dengan pelbagai aktiviti untuk semua. 
Di Kompleks Sukan Gong Badak ini ada plyground warna warni yang agak luas. Memang puas anak-anak main

Ada pelbagai peringkat ketinggian. Arif Haikal, semalam first time berani naik sampai atas, dan turun slide yang paling tinggi tu. Dah besar dah Arif, makin lama makin berani nak cuba macam-macam. Tak takut, huda yang over, risau keselamatan dia masa naik tangga yang tinggi tu.



Di sini juga terdapat khidmat sewa basikal tau. Memang best, masa mula-mula tahu ada basikal macam ni memang excited nak naik. Comel kan basikal 4 seater ni? Memang terbaik untuk riadah dan cipta memori indah bersama keluarga. 




Selain basikal terdapat juga motor dan kereta untuk kanak-kanak


Harga untuk sewa pun sangat berpatutan. 1 Kupon untuk setengah jam. 
Waktu Operasi Rental Bicycle :- 
Jumaat Pagi : 7.30 pagi - 10.00 Pagi
Sabtu - Khamis : 5.00 petang - 7.00 petang


Ruang bermain yang luas , memang puas hati sangat terutama anak-anak. 




Jom sihatkan badan dengan jogging keliling tasik di sini. Memang best. Udara segar dan sangat menyegarkan badan.


 Lepas puas jogging, boleh buat Foot Reflexology. Bagus untuk kesihatan seluruh badan.


Outdoor Gym pun ada untuk exercise.

Memang best habiskan masa berkualiti bersama keluarga di Kompleks Sukan Gong Badak. Huda dan family selalu datang sini setiap hujung minggu. 
Ok, sekian perkongsian huda hari ini, habiskan hujung minggu anda dengan aktiviti sihat dan luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang. 
some_text

Post a Comment

0 Comments