8 Simptom ESS ( Electronic Screen Syndrome) dan Bahaya ESS kepada kita semua!

Assalamualaikum semua. Hari ini huda nak kongsi satu sindrom yang di gelar ESS iaitu Electronic Screen Syndrome.



Apa tu ESS?

" ESS is essentially a disorder of dysregulation. Dysregulation can be defined as an inability to modulate one’s mood, attention, or level of arousal in a manner appropriate to one’s environment. Interacting with screens shifts the nervous system into fight-or-flight mode which leads to dysregulation and disorganization of various biological systems. Sometimes this stress response is immediate and pronounced (say while playing an action video game), and other times the response is more subtle and may happen only after a certain amount of repetition (say while texting). The mechanisms for screens causing a stress response are varied and are a topic for another day. In short though, interacting with screen devices causes a child to become overstimulated and “revved up.” - Psychology Today-

Nak tahu 8 simptom ESS? 

1. Sakit kepala
2. Silau
3. Kabur pandangan
4. Sakit leher/bahu
5. Sakit belakang
6. Mata terasa panas
7. Mood swings
8. Sukar untuk fokus kepada sesuatu

Simptom di atas berlaku di sebabkan merenung merenung skrin gadget dalam masa yang lama dan kerap setiap hari. 

Agak-agak sekarang korang rasa tak simptom ESS ??

Tahu tak?

Mata kita berkedip lebih dari 18-20 kali seminit. 

Tapi bila fokus melihat gadget , mata kita akan kurang berkedip . Ini menyebabkan mata kita akan mengalami kering dan dehidrasi.

Paling menakutkan,  fungsi mata kita boleh rosak jika terlalu kerap mengalami dehidrasi. Akibatnya pelbagai jenis masalah mata seperti katarak boleh berlaku..

Takutnya!!!

Tambahan pula, gadget menyumbang kepada blue light rays/ blue light exposure.



Blue lights adalah merbahaya kepada mata kita . Gelombang tenaganya adalah sangat tinggi dan kuat yang mana bila ia boleh menembusi seluruh permukaan hingga ke belakang mata kita.

Ianya berbahaya jika digunakan dalam masa yang lama setiap hari dan boleh membawa kerosakan kepada mata seperti AMD ( age-related macular degeneration)

Selain itu, blue lights ini akan menyebabkan masalah digital eye strain. Blue lights mengandungi tenaga cahaya yang tinggi iaitu 400-500nm spektrum cahaya.

Ianya menyebakan hormone melatonin menjadi lambat atau terhenti. Melatonin ini adalah sejenis hormon yang akan memberikan signal kepada otak kita bahawa masa tidur/rehat kita sudah tiba. Bila hormon ini lambat atau terhenti, akan membuatkan kita rasa tidak mengantuk atau lambat mengantuk.

Ok, huda juga nak kongsi kepada gadget ini MERBAHAYA untuk anak-anak kita.

Benda yang paling merunsingkan adalah gadget menyebabkan masalah KOMUNIKASI.

Tahu tak?
Bayi yang berumur 6-9 bulan memerlukan perhatian kita (ibu bapa terutamanya) untuk berinteraksi dengan mereka.

Mereka perlukan komunikasi dua hala . Contohnya, apabila anak senyum, mereka harap kita senyum balik supaya mereka dapat melihat apakah wajah senyuman yang sebenar.

Tapi, trend zaman sekarang, anak-anak senyum sorang-sorang. Gelak sorang-sorang layan kartun. Sedihkan??

Jika anak speech delay, autism, ADHD atau macam-macam masalah yang ganggu development anak-anak agak-agak siapa yer yang patut take the blame?? 

Gadget? Siapa yang bagi? Siapa yang belikan?


Bagaimana pula kesannya kepada anak-anak remaja?

Pelik tapi benar. Pengalaman peribadi melihat remaja stress tak tentu hala. sikit-sikit stress. Senang-senang label family tak sayang la sebab tegur jika mereka salah. 
 Kongsi di media sosial, dapat pula komen negatif yang menjurus kepada perbuatan negatif. Mula-mula huda memang tak faham, tapi lepas tahu pasal ESS ni, huda faham kenapa situasi ini berlaku.

Sangat menakutkan sebenarnya ESS ni...

Jom huda kongsikan 17 Tips Atasi ESS dari Dr Erna.

1. Hadkan masa untuk gadget 1-2 jam sahaja sehari.
2. Cuba untuk ada 1-2 hari seminggu tanpa gadget.
3. Luangkan masa bersama keluarga tanpa perlu menggunakan/membawa gadget.
4. Kurangkan brightness gadget kita, tinggikan contrast dan besarkan saiz tulisan di gadget kita.
 ( untuk elakkan kita tengok gadget dekat dekat)
5. Gunakan jam loceng sebagai penggerak kita bukan harapkan alarm di gadget.
6. Elakkan meletak gadget di sebelah kita semasa tidur.
7. Terus cuci muka dan solat setiap kali bangun tidur, bukan celik mata cari gadget.
8. Bercakaplah selalu dengan anak anak kita
9. Bersembang dan tanya khabar anak anak kita setiap hari selepas mereka balik dari sekolah.
10. Duduk berdua bersama pasangan masing masing dan buat aktiviti bersama tanpa gadget.
11. Duduk dalam posisi yang betul dan selesa
12. Jarakkan gadget sekurangnya satu/separuh tangan
13. Jangan terlalu fokus pada gadget. Ambil masa untuk kedip mata.(20-20-20 rules, look away after 20 minutes for at least 20seconds at distance 20 fts away)
14. Jangan duduk terlalu lama (lebih dari dua jam)
15. Memakai cermin mata yang betul powernya dan tahap silau kita.
16. Gunakan lubricant eye gel jika mata kita terasa kering.
17. Jangan gosok/tenyeh mata dengan kuat

Akhir kata, pesan Dr Erna untuk kita semua

"Ingat, mata kita, kesihatan kita, anak kita, malah nyawa kita adalah pinjaman dan amanah yang Allah kurniakan kepada kita sekejap." 

Semua akan di soal kelak. 

Jom sama-sama kita usaha hadkan pengunaan gadget dan hindari ESS dari berlaku dalam diri dan keluarga kita. 

Bak iklan kat TV tu...Telefon zaman sekarang memang pintar...tapi pintarkah anda???
some_text

3 comments:

  1. Mata nak pakai selamanya. Nice write up. Ada antara tips Huda tu Lynda amalkan. Sayangi keluarga kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lynda, sama-sama kita jaga keluarga kita.

      Delete
  2. Saya pun kekadang suka lah nengok henpon dalam gelap sebelum tidur. Anak-anak Alhamdulillah memang tak diajar dengan gajet

    ReplyDelete

Powered by Blogger.