Tips Atasi Stress dengan Bijak!

Assalamualaikum, Selamat Pagi Isnin. 



Pagi ini huda nak kongsi tentang Tips Tangani Stress dengan BIJAK!

Rasanya semua orang pernah lalui macam-macam pengalaman stress ni kan?

Sama ada stress di tempat kerja, stress di rumah dan stress dengan diri sendiri pun pernah betul tak??

Jom kita baca infographic dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang latar belakang stress dan cara menangani stress dengan bijak.


Jom kita sama-sama amalkan 10 B yang di sarankan oleh KKM iaitu 
 
  1. BERSYUKUR
  2. BERNAFAS DENGAN TERATUR
  3. BICARA DIRI ( muhasabah diri)
  4. BERIBADAT
  5. BERKONGSI PERASAAN
  6. BEREHAT DAN BERURUT
  7. MENDENGAR MUZIK
  8. BERIADAH
  9. BERSENAM
  10. BERFIKIRAN POSITIF
Self reminder untuk diri sendiri juga, jangan stress dan selalu tenang. 
Hidup ini memang penuh cabaran dan ujian, hadapi semuanya dengan senyuman. Sentiasa bersyukur dan jangan banding beza hidup kita dengan orang lain. Setiap orang ada pace mereka sendiri. Semuanya aturan Allah dan sememangnya rezeki itu rahsia Allah kan? 

Jom kita semua guna greatest weapon sebagai muslim iaitu DOA dan sentiasa husnuzon dengan Allah, dan sesama manusia. 
Bila ada fikiran negatif tu cepat-cepat buat tips 10 B seperti di atas yer.
Ok sekian coretan huda pagi ini, semoga Allah hadiahkan ketenangan dan kelapangan hati untuk kita semua. Amin..
some_text

2 comments:

  1. Baca terus jadi tak stres..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jom kita hidup dengan bahagia, bebas stress =)

      Delete

Powered by Blogger.