Tahniah Arif Haikal!

11:06 am
Assalamualaikum, hari ini huda nak menulis catatan istimewa untuk anak sulung huda, iaitu Muhammad Arif Haikal. Memori  9 Oktober 2017

Hari ini hari dalam sejarah dalam hidup Arif Haikal,sebab untuk pertama kali dalam hidup Arif dapat anugerah.



Arif Haikal First Award in first year school.

Perasaan huda bersyukur teramat sangat.


Rezeki Arif Haikal, dalam usia umur seawal 5 tahun dah rasa kejayaan pertama dalam alam persekolahan.


Bila huda imbau balik, Arif Haikal seawal 1 tahun lebih dah tunjukkan minat belajar. Alphabet dan nombor tu mudah jer dia ingat. Huda bagi tengok youtube jer.
Side effect tengok youtube, Arif mula bercakap dengan slang english. Bahasa utama dia cakap pun medium English sampai la umur 4 tahun.


Dan biasa la,ada yang judge cara huda didik anak yang lebih fasih speaking dari bercakap bahasa melayu. Ada yang kata nanti di sekolah tiada kawan sebab language barrier, pencapaian sekolah nanti tak hebat sebab di sekolah guna bahasa melayu.


Huda tawakal sahaja la. Ada juga ajar cakap bahasa Melayu sikit-sikit start umur 4 tahun sebagai persediaan ke sekolah.


Bila Arif masuk sekolah awal tahun 2017, huda hanya mampu doa dan tawakal. Semoga Arif tak tersisih dengan sifat self-centered, dan kekurangan penguasaan bahasa melayu.

Alhamdulillah. Beberapa bulan lepas sekolah. Arif macam terkenal dah di kelas dia. Masa hantar dia ke kelas,semua kawan-kawan panggil dia. Masa ambil dia balik sekolah, baik rakan sekelas perempuan dan lelaki pasti sebut nama dia jika bertembung. Sampai Arif yang sipu-sipu malu bila kawan perempuan jerit nama dia.

Alhamdulillah, dari segi berkawan, Arif dah boleh bawa diri dan bergaul. Dari kawan-kawan dia belajar, dan makin hari makin fasih cakap melayu dengan slang terengganu. (Mama memang masih tak fasih nak cakap terengganu walau bertahun mastautin)

Alhamdulillah, seawal bulan ketiga persekolahan, buku latihan 5 Tahun Arif dah habiskan. Masuk bulan ke 4 Arif mula menukar buku untuk 6 tahun.

Bila huda pergi event sekolah, cikgu semua kenal Arif, dan cerita Arif dah lancar baca Al-Quran, tajwid pun ok. Rezeki Arif terpilih untuk perujian bacaan Al-Quran dan dapat markah "A" . 

Alhamdulillah, berkat doa huda dan suami, doa setiap bacaan Yaasin dipagi hari, setiap solat, niat setiap sedekah , doa yang satu nak Arif berjaya dunia akhirat. 

Sebak dan tersentuh hati seorang mama. Huda hanya mampu tadah tangan berdoa, berusaha jaga Arif sepanjang hari, sanggup korbankan segalanya, dan hari ini bila kejayaan yang Arif beri pada huda dan suami, terbit rasa bersyukur yang sangat-sangat. Allah Maha Adil. Huda lepaskan sesuatu, Allah ganti sesuatu yang berkali ganda lebih baik. Hanya seorang suri rumah sahaja mengerti pengorbanan ini, meletakkan tanggungjawab menjaga anak lebih dari segalanya dalam hidup.




Semoga kejayaan yang tercipta hari ini, menjadi kenangan terindah untuk huda, suami dan especially untuk Arif Haikal.



Segala pujian hanya milik Allah sebab tiada satu pun kejayaan dunia ni hak mutlak kita, semua dengan izin Allah. Usaha kita hanyalah asbab sahaja. Teruskan berusaha, semoga usaha kita hari ni Allah berkati dan memberi nikmat balasan sebuah kejayaan. InshaAllah. Mohon doakan Arif Haikal terus terang hatinya, terdidik akhlaknya, semoga impian huda melihat Arif Haikal menjadi seorang tahfiz tercapai dan seterusnya memimpin tangan kami sekeluarga ke syurga. Amin..


No comments:

Powered by Blogger.