Santai Petang dan makan udang 40 ekor RM10 di Kuala Ibai

Assalamualaikum semua! Hari ini huda nak kongsi port huda lepak santai petang bersama The Arifs dan sambil tengok anak main, huda makan udang celup tepung. 

Sebelum ni huda pernah makan udang celup tepung dengan harga RM 10 untuk 40 ekor udang, di Pantai Penarik, Setiu. 

Semalam bila huda nak parking kereta, nampak banner UDANG CELUP TEPUNG 40 EKOR RM10 ini di Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Kuala Terengganu, huda sangat-sangat teruja!
Tanpa fikir panjang terus pergi beli. ( Anak-anak pas pada suami handle bawa pergi main pasir, hehe)




Huda beli RM5 sahaja untuk 20 ekor udang. haritu makan di Setiu RM10 40 ekor pun makan berdua tak habis. so dari membazir, beli secukupnya sahaja. 

Sementara tunggu siap packing order, mata huda jeling-jeling jer gerai depan ni, jual kerabu maggi. nasib kuat iman lagi, tak jadi beli. 


Lepas siap packing order udang yang huda tempah. terpaksa gak la singgah gerai ni. The Arifs dah pesan awal-awal nak makan bebola cucuk-cucuk ni. Beli la jugak, walau rasa mahal yer...RM 2 satu, kena beli dua, kalau tak bergaduh dua beradik tu. 


Ok jom lepak tepi pantai, sambil makan udang, nyum...nyummm~~




Tengah syok-syok makan, tengok the Arifs dah basah kuyup main air. 






 Korang berdua memang bijak buat mama tak senang duduk, santai petang la sangat kan. Plan diorg main pasir jer, baju spare pun takde. towel pun tak bawa. Memang doa dan tawakal, jangan la demam sebab sejuk. Alhamdulillah, semalam main, hari ni, The Arifs sihat sejahtera. Mungkin badan diorang dah kebal, sebab huda selalu bawa pergi swimming. ( Yeay, nanti boleh pergi holiday lagi, hope ada hotel panggil huda buat review lagi, Amin....)  




Keistimewaan Taman Awam Lagun Kuala Ibai ini terletak bersebelahan Masjid terapung di Kuala Terengganu yang terkenal tu. Lokasi yang strategik dan memang menjadi tumpuan umum. 
Kawasan ini merupakan teluk sungai Ibai dan mempunyai beberapa aliran sungai berhampiran kerana itu kawasan ini memang kawasan utama untuk kaki pancing. Malah kita akan ternampak bot-bot nelayan tersadai disini. Pada waktu lewat petang memang kawasan ini akan dipenuhi dengan orang ramai untuk belbagai aktiviti terutamanya kanak-kanak yang mandi-manda kerana kawasan ini kurang berbahaya, lebih-lebih lagi apabila air sungai ini surut hinggakan boleh nampak pasir yang timbul tengah-tengah sungai dan membolehkan kita menyeberangi ke sebelah, nampak macam pulau. 
So, bila korang melawat terengganu bolehla masukkan tempat ni dalam list tempat wajib pergi yer. 
Ini lokasi yer untuk panduan

Ok sekian sharing huda hari ini. Huda memang jatuh cinta setiap kali menikmati waktu petang di Kuala Terengganu. Berbaloi sangat-sangat huda sacrifice rest of my life, menetap di #beautifulterengganu. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas jodoh dunia iaitu suami tersayang, dan anak-anak membesar di bumi terengganu yang bebas dari pencemaran udara.
some_text

Post a Comment

1 Comments

ai said…
Murahnya!! Tapi jauh..