Movie Review : The Foreigner

Assalamualaikum, salam hujung minggu untuk semua pengunjung ceritahuda.com
Hari ini huda nak kongsi movie review : The Foreigner. 
Kebetulan minggu lepas huda renew TGV membership dan dapat free 2 tiket. Thanks TGV Cinema, tahun ni 2 kali tengok wayang FREE. ( bulan ogos lepas, dapat ticket free dan set popcorn sempena birthday month, KLIK SINI untuk baca review filem sebelum ini )

Huda dan suami memang peminat Jackie Chan dan suka filem aksi, so filem The Foreigner ni antara filem wajib tengok! 

Tagline movie ini  : Never Push A Good Man too Far

Memang matching dengan jalan cerita dalam movie The Foreigner. 

Sinopsis filem The Foreigner adalah kisah mengenai seorang bussinessman yang berbangsa cina dan menetap di London, lakonan Jackie Chan yang memegang watak sebagai Quan. Permulaan cerita, anak perempuan beliau terkorban dalam satu letupan angkara terrorist. 

Quan telah kehilangan seluruh ahli keluarga beliau suatu masa dahulu ( diculik oleh lanun) , dan hanya mempunyai seorang anak perempuan, Beliau sangat terkilan apabila satu-satunya ahli keluarga beliau juga turut terkorban di hadapan mata beliau sendiri. 


Masa part ni, Quan peluk anaknya yang sudah terkorban akibat bom oleh terrorist,sangat mengusik jiwa. Sayang parent pada anak, memang tiada taranya. 

Setelah lama berkabung dan hilang arah tujuan hidup, Quan bangkit demi membalas dendam, dan bernekad membunuh pengebom yang telah membunuh anaknya itu. 

Pelbagai cara telah Quan usahakan demi membalas dendam. Dari panggilan telefon, hingga bersua muka dengan menteri yang Quan rasa beliau tahu siapa yang bertanggungjawab atas kematian anaknya. 

Quan gunakan bermacam cara, cara baik dengan perbincangan, tak dilayan. Jadi Quan terpaksa guna cara "ugutan" yang extreme. Disitulah bermula keluar skill buat bom sendiri, skill pertahan diri dan macam-macam skill hebat-hebat ditonjolkan.Semuanya demi dapatkan maklumat siapa yang menjadi dalang dan pengebom anak beliau.

Adakah Quan berjaya mencari siapakah terrorist yang telah mengebom anak beliau? Nak tahu kena la tengok..hehe.. 

Huda sangat-sangat kagum dengan skill berlawan Jackie Chan walau usia beliau sudah mencecah 63 tahun, namun stamina dan kekuatan berlakon filem aksi macam usia 30-an. Hebat betul, makan apa ntah gaknya... 

Jom layan trailer Movie The Foreigner 




Berapa bintang huda bagi untuk Movie The Foreigner ni?
Untuk jalan cerita yang menarik, action yang memang awesome, huda bagi 4 bintang🌟🌟🌟🌟

Moral dari cerita The Foreigner ni banyak sebenarnya. Antara yang huda ingat, jangan curang, jangan mudah percaya orang, sebab orang yang kita percaya tu sebenarnya ada niat tersembunyi, niat nak tikam belakang. Jangan main-main dengan kekuatan cinta seorang ayah ni, seorang yang baik akan berubah apabila keadaan memaksa diri berubah.

Dendam membawa padah.
Hanya kerana dendam, terrorist telah mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa.

Kita orang islam, ada pegangan agama, jadi jangan la dendam sampai berbalas mati-matian ni. Kita ada akhirat sana, biar Allah yang menghukum. Takut dengan dunia luar yang sebenarnya sama macam dalam movie yang kita tengok. Huda doakan semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan perliharaan Allah, dimana kita pergi. InshaAllah.


Untuk info klik
Instagram : https://www.instagram.com/ForeignerMovie/
Facebook : https://www.facebook.com/ForeignerMovie
Sekian movie review dari ceritahuda.com. Jumpa lagi di movie review akan datang.
some_text

Post a Comment

0 Comments