Mama,jangan membazir!

10:28 pm
Assalamualaikum.
Salam Jumaat yang berkat.


Hari ni huda nk sharing tentang habit Arif yang terbaru iaitu tak suka membazir.
Pelik juga mula-mula,nape bagus pulak si Arif ni.. Sebelum ni kalau makan tu, selalu sangat tak habis.

Tapi sekarang,makan sampai licin. Huda tengah makan,stop sekejap. Dia dah sound " Mama,jangan membazir!"

Rupa-rupanya dia ikut macam Omar dan Hana.

Budak-budak ni kalau kartun ajar,cepat pulak nak ikut, mama suruh liat yer nak dengar cakap. Huhu..
Jom tengok video Omar dan Hana ajar supaya jangan membazir.
Bagus betul animasi Omar dan Hanna ni. Pendidikan islam secara santai yang mudah kanak-kanak nak ikut.
Huda pun suka pasang cerita Omar dan Hanna, isi masa lapang The Arifs, tak lah asyik layan kartun yang lagha jer kan.



 Hebat juga effect Omar dan Hana ni.. Kelmarin makan malam diluar,Arif tak habiskan nasi,sebab tak sabar nak pergi shopping. Huda pun cakap, kan Omar dan Hana pesan jangan membazir. Sesaat lepas huda cakap tu, elok pulak dia makan sampai habis.

Alhamdulillah, semoga Arif sentiasa ada nilai murni ini dan elakkan pembaziran, sebab membazir itu amalan syaitan. Allah tak suka pada orang yang suka membazir. Tak kisah la,membazir makanan ke, membazir duit ke, membazir masa ke..semua tu perkara tak elok yang kita semua patut elakkan


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Ok sekian perkongsian hari ini. Huda sememangnya terkesan dengan pesanan Arif yang tegur huda jangan membazir. Huda nak pesan pada semua pembaca blog ini, sama-sama kita amalkan sifat jimat cermat dan jangan ikut nafsu yer(especially part makan).

1 comment:

  1. Omar Hana kawan baik anak-anak sekarang. Qhalif pun suka

    ReplyDelete

Powered by Blogger.