Jom shopping bersama The Arifs di Himalaya Wellness Boutique.

Assalamualaikum.



Hari ini huda nak kongsi cerita huda bawa The Arifs shopping di Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid.

Ramai kawan-kawan blogger sarankan produk Himalaya ni bagus, jadi huda pun tak nak ketinggalan dengan mencuba produk Himalaya ni.

Huda bagi peluang pada The Arifs shopping barang apa yang diorang nak di Himalaya ni. Memang berapa kali ntah diorang tawaf dalam kedai ni.


Susun atur kedai produk Himalaya di Sunway Pyramid ini sangat kemas dan teratur, dan ruang yang agak luas, jadi huda tak risau anak-anak bebas dan aktif meneroka.



Arif Haikal pun dah pandai membaca, jadi huda  bagi peluang dia baca label-label produk di Himalaya boutique ni.


Himalaya Wellness Boutique di Sunway Pyramid ini lengkap dengan pelbagai produk untuk personal care ( moisturizing cream, ubat gigi ), baby care ( moisturizing baby soap, gentle baby shampoo) , skin care ( Facial wash dan set anti pimples)  dan juga supplement kesihatan ( Ayurslim dan sebagainya)

As expected, diorang mestilah berkenan produk penjagaan baby, ada gambar baby pada packaging tu, buat diorang tertarik nak capai.



Sebenarnya, huda sangat yakin untuk menggunakan produk Himalaya ini kepada keluarga huda sebab mengandungi 100% herbal aktif, dijamin halal dan harga yang sangat-sangat berpatutan. Dengan adanya herbal aktif di dalam setiap produk Himalaya ini, meningkatkan fungsi biologi kulit dan membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kulit dan rambut yang sihat.



Ok, settle anak-anak memilih, huda pula cuci mata pilih produk apa yang best untuk huda.
Macam huda, wanita yang dah berumur 3 series ni dan dah beranak dua, masalah rambut gugur tu antara masalah yang huda hadapi. Setelah mendapat konsultasi dari juru penasihat produk yang sangat ramah, huda memilih produk set anti hair fall iaitu antara best seller product Himalaya di sini.

Keistimewaan bila shopping di Himalaya Wellness boutique ni berbanding kedai yang lain adalah dengan adanya set lengkap seperti Set Anti Hair Fall yang huda cerita sebelum ni. Dengan penggunaan complete set, kesannya lebih cepat dan efektif.

Selain itu, keistimewaan bila kita shopping di Himalaya Wellness boutique ini adalah dengan adanya Membership program. Mudah sangat nak jadi membership Himalaya ni. Hanya perlu shopping RM100 ke atas, automatic dapat FREE membership. Next time shopping boleh dapatkan 15% diskaun , dan pengumpulan mata. RM1 – 1 mata. Bila cukup 100 mata nanti boleh tebus dengan pembelian produk.

Membership di Himalaya Wellness boutique ini menggunakan cardless system. So don’t worry , takperlu risau nak bawa membership kad ke apa. Mudah kan?


Selain dari keistimewaan yang huda ceritakan di atas, ada satu perkara yang buat huda suka dengan produk Himalaya ni adalah BEBAS Paraben, silicone dan SLES


Huda memang jaga isu paraben, silicone dan SLES, sebab bahan kimia ni menyumbang kepada penyakit kulit ( skin irrations, skin aging) dan menyumbang kepada DNA damage yang boleh menyebabkan kanser. 
Jadi huda memang pilih semua produk yang huda gunakan bebas paraben ( antara sebab huda tak suka make up, dapat free make up ke lipstick ke huda memang tak pakai, sebab mostly ada label paraben, takut nak guna).
Jadi korang pun sebelum beli produk tu baca tau label. Nak senang beli jer, semua produk di Himalaya Wellness Boutique ni. memang 100% yakin dan halal!



Owh ya, semasa huda shopping di sini, huda juga sempat merasa produk dari Surya iaitu Apple Cider  Vinegar dan Chlorophyll, Lychee / Peach Flavour. Memang sedap, dah la harga murah tau jika beli di sini berbanding beli di tempat lain. Dapat special diskaun, so boleh jimat!
Namun hanya terdapat di Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Central sahaja yer.

Ok, jom layan vlog huda tentang Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid.



Untuk maklumat lanjut lawati 

https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
some_text

Post a Comment

20 Comments

Unknown said…
Bestnyerr. produk untuk kurus ade tak?
diaripink said…
Seronoknya.. banyak pilihan
Lynda Che Lah said…
Yang penting produk selamat utk sekeluarga
Julia Johari said…
Baby soap tu sgt diperlukan...kalau ada baby nanti mmg nak borong la kt kedai ni...terbaik!
Bebelan Cik Min said…
Memang best n teruja kalo di himalaya ni
Leyla Nurjatiey said…
wah..best nya shopping..
Yeayy.. Huda pun dah pegi ya.. Kak Ti mmg berkenan sangat dengan produk Himalaya ni.. especially kan... yang untuk kurus tu.. hahahahaha
Lisa Nurulain said…
bagus kan kalau ada wellness ni . rambang mata hahaha
Izyan Balqis said…
video yang menarik untuk ditonton, butik himalaya memang ada banyak barang yang sesuai dipakai seisi sekeluarga, IQ pun suka!
Cikzacom said…
Wow! terujanya tengok barang2 banyak giler boleh shopping ni..
Huda Halid said…
ada. nak ke? nnt i belikan untuk you yer.
Huda Halid said…
Betul tu haida, memang seronok
Huda Halid said…
yup, betul tu lynda, lagi2 kita ni mama, kita yang pilih semua brg untuk family kita guna. pilih yang terbaik untuk yang tersayang
Huda Halid said…
bila tu juju nk ada baby? ke ada dah?
Huda Halid said…
lengkap semua produk personal care dan supplement, produk bagus, memang rasa best nk shopping
Huda Halid said…
memang best leyla, jom join huda shopping sekali.
Huda Halid said…
hehe, haritu tak dan nk tengok supplement utk kurus tu, kejar the Arifs jer lebih..
Huda Halid said…
aah lisa, memang bagus ada satu butik semua produk himalaya ada, senang nak pilih
Huda Halid said…
Thanks izyan sudi tonton vlog pertama ceritahuda.com. Himalaya memang best, produk dari baby sampai orang tua pun ada.
Huda Halid said…
betul tu cik za, memang rambang mata tengok