Jom ajak anak anda sertai Kids Eco Dash

2:34 pm

KIDS ECO DASH 2.0 akan di adakan pada 28 OKTOBER 2017 di TAMAN EKO RIMBA BUKIT NENAS FOREST RESERVED, KL. Kids Eco Dash  1.0  telah berlangsung dengan jayanya di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). KIDS ECO DASH merupakan satu daripada usaha kerajaan mempromosikan taman eko rimba.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah berkata ia berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap program larian berteraskan eko pelancongan itu. Kerajaan juga sedang berusaha mempromosikan taman eko rimba termasuk taman negara di Pahang, Johor dan Sabah, selari dengan usaha untuk meningkatkan lagi kehadiran pelancong tempatan dan asing. Kawasan-kawasan eko rimba ini merupakan aset penting dalam mempromosikan sektor eko pelancongan. 

Beliau berkata terdapat 22 taman eko rimba di seluruh negara yang menarik dan perlu dilawati antaranya Taman Botani Perdana Kuala Lumpur dan Taman Botani Putrajaya.

Hanya tinggal baki beberapa hari sahaja lagi untuk daftarkan anak-anak anda yang berusia 4 hingga 12 tahun ke satu aktiviti larian ala marathon 


.
Penuhkan hari minggu anak2 dengan aktiviti luar yang sihat !

Sukarelawan juga diperlukan !

Maklumat lanjut sila ke : https://www.facebook.com/kidsecodash/


No comments:

Powered by Blogger.