Happy 3rd Birthday Muhammad Arif Hakim



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
10.10.17 hari ini! Anak kedua huda, Muhammad Arif Hakim menyambut hari kelahiran yang ke tiga. 

Cepatnya masa berlalu.Mama rasa tak nak adik hakim cepat besar boleh?

Setiap kali birthday anak-anak huda mesti teringat kisah macamana mengandungkan dan melahirkan. 

Throwback awal tahun 2014, huda dan suami bersetuju nak ada baby baru. Nak bagi adik dan kawan main pada Arif Haikal. Kira betul-betul planning nak baby, berbeza dengan Arif Haikal, memang hadiah suprise kahwin dari Allah, hehe

Dengan izin Allah, perancangan nak ada baby Allah makbulkan. 
Namun perjalanan second pregnancy ni paling mencabar. 

Huda first time rasa pitam, jatuh dalam bilik air,sorang2! Tak siapa tahu. Bleeding plak tu. 
Huda juga terima false diagnosis - ectopic pregnancy. 

Huda dan suami ke sana sini, ask for second opinion from expert. 

Alhamdulillah, rezeki kami nak ada 2nd baby masa tu, semuanya selamat dan sihat. 

Ok, lupakan part yang tak best. 

Part yang paling best masa lahirkan adik hakim di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari Jumaat yang berkat, lepas suami balik solat jumaat, datang jumpa huda terus rasa sakit sangat, masuk labour room few minutes dah ready nak push. Huda request semua staff wanita. Jadi rasa best takde lelaki langsung yang handle delivery. 
Suami sentiasa disebelah. Walaupun teknik push dah ok, tapi adik hakim terbelit tali pusat, jadinya huda agak struggle masa tu. 

Namun segalanya dipermudahkan Allah. 
First time pegang baby yang masih berdarah. ( Masa Arif Haikal, lepas 2 jam deliver baru dapat pegang baby sendiri, sebab ada masalah breathing baby) 

This moment is precious to remember for a lifetime. 

ok, cukup-cukup dah throwback. 
Planning birthday adik hakim ke tiga tahun ni sebenarnya macam-macam. Nak buat kek sendiri la konon, siap beli bahan. Nak beli itu la , ini la. Last-last yang jadi....


Biar gambar berbicara. hehe. 
Emoji kek dari Dnialicious Cake House. Kek tengah promosi RM10 jer tau. Murah kan?



Hadiah pula dari BIG TOYS. RM18.90 jer set mainan kereta Cars. Budget kena cut la untuk celebrate birthday adik ni, sebab saving nak pergi birthday getaway adik hakim weekend ni. So ok la tu kan. Yang penting dapat makan kek dan dapat hadiah dari mama. Ok, cukup dah tu share moment hari ni. Nanti huda sambung entry birthday getaway pula..

Doakan anak huda terus membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Amin..




some_text

Post a Comment

0 Comments