Food Review : D'Rumoh Pata

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi pengalaman huda makan malam di kedai makan yang baru buka di tepi pantai area Mengabang Telipot ,Kuala Nerus , Terengganu iaitu D'Rumoh Pata

Lepas huda kongsikan di laman sosial ramai yang tanya, kat mana kedai ni? Sama ke dengan Dapo Pata?

Lokasi kedai :  

LOT 8163 KAMPUNG TANJUNG GELAM , MENGABANG TELIPOT , 21030 KUALA TERENGGANU
D'Rumoh Pata adalah restoren milik pasangan suami isteri  Nurul Akhtar and Bunyamin Halim.
Berbeza dengan Dapo Pata yang terletak di Pantai Tok Jembal. 


Huda suka sangat makan malam di sini sebab lokasi yang tepi pantai, memang damai makan sambil menikmati bayu laut.
Suasana D' Rumoh Pata ini menjadikan restoran ini eksklusif. 


Ada pelbagai pilihan menu masakan panas dan juga ada pilihan makan di stall seperti kambing bakar samurai, Satay , western food, mango shake dan waffle







Cantik sangat view di D'Rumoh Pata. 









Ok, makanan huda order dah sampai! Sebelum tu, amik gambar dulu. Food Blogger kan, wajib amik gambar dulu.




Arif kebosanan tunggu mama papa ni, asyik amik gambar jer. Arif Haikal habiskan masa dengan main kira-kira dengan kalkulator. ( memang macam pelik kan budak 5 tahun fanatik main kira-kira guna kalkulator, huhu..itu lah anakku..)


Huda dan suami makan ini. 






The Arifs makan nasi goreng cina. Habis sepinggan makan kongsi dua orang. 

Banyak lagi menu best-best tau di D'Rumoh Pata, especially masakan Thai, sup tulang dan macam-macam lagi. Huda rasa memang wajib repeat makan di sini lagi. The Arifs pun dah ajak makan sini sebab sedap dan view best!

Berminat nak makan di D'Rumoh Pata?
Boleh hubungi nombor ni >> 0129848844

Sekian jalan-jalan cari makan dari huda dan family. Next nak pergi makan kat mana yer?
some_text

1 comment:

  1. dulu IQ tinggal dekat tok jembal, zaman tu xde la dapo pata ape2 jenis dapur dekat pantai tu. hehe...

    bila dah duduk jauh dari terengganu ni macam2 benda plak naik.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.