Family Holiday ke i-City Shah Alam

8:44 am
Assalamualaikum, salam hujung minggu untuk semua. 
Hari ini huda nak kongsi cerita family holiday ke i-city Shah Alam minggu lepas. 
Di mana huda dan family stay?
Setelah survey hotel dan fikir nak stay satu family yang agak ramai, better menginap di condo. Pilihan terbaik untuk family holiday.

Lokasi penginapan kami adalah di i-Residence.

Boleh klik google map di  bawah untuk lebih detail lokasi penginapan kami di i-city Shah Alam


Sangat puas hati dengan condo di i-Residence ni. Ada ruang tamu yang luas, 3 bilik tidur dan 3 bilik air, lengkap kemudahan asas rumah seperti peti sejuk, washing machine, dapur memasak dan set periuk dan set pinggan mangkuk. Family friendly condo di sini, memang lokasi terbaik untuk stay dengan family.



Permandangan waktu malam dari City of Digital  Lights, i-City. Shah Alam. Kondo i-Residence hanya beberapa langkah sahaja dari i-City, jadi sangat mudah untuk menikmati keindahan malam di i-City.


Jika korang nak holiday sini huda recommend stay di sini. untuk tempahan boleh hubungi
- FB : Stay at i-City ;   0133889370 ( Zul)  

Apa aktiviti yang huda dan family lakukan di i-city Shah Alam?
Kami sekeluarga sampai dalam pukul 10 pagi di i-City Shah Alam. Buat apa datang pagi-pagi ke i-city? Nak tengok lampu waktu malam jer kan? 
Masa huda ajak family datang i-City, semua tahu part yang tengok lampu jer, rupanya ada yang tak tahu, i-City Shah Alam pun ada water themepark tau. Jom tengok map i-City Shah Alam, macam-macam ada. 
Jadi destinasi pertama untuk family holiday ini adalah Waterworld@i-City. Huda target nak main Tornado, The 1st in South East Asia ni, so wajib la cuba kan?  Tak Takut ke??
Hehe, huda sejak masuk umur 3-series ni, rasa nak cuba macam-macam, takut letak tepi. 
" The Tornado Ride, being the most popular attraction is the first of its kind in the ASEAN region. It is the ultimate adrenalin rush – a 160-foot water tunnel sends four tube-raft riders hurtling towards a 7-storey high funnel tilted at a 45 degree angle and the rafts will oscillate four to six times up both sides of the funnel, producing a sensation of weightlessness. When gravity reasserts itself, the rafts then flow through the funnel bottleneck before splashing down into the 1,350 square foot landing pool." - Waterworld@i-city themepark.



Selain tarikan utama- Tornado, ada macam-macam lagi yang best tau di sini seperti  Giant Jacuzzi, Spiral and Rainbow slides, a Children’s Aladdin Adventure Pool, River Adventure through LED-lit grottoes and a Wave pool with a giant LED screen.

Muka masing-masing pun dah sunburn. Main air sampai pukul 2 petang. Hehe...best sangat, sebab adik beradik lain dah hampir 10 tahun tak pergi water themepark. The Arifs selalu gak la pergi, hehe, sebab mama papa dia kaki jalan..
Kemudahan di waterworld @ i city ini boleh dikatakan lengkap dengan kemudahan tempat berehat, tak perlu sewa, boleh jer duduk mana-mana pun. Cuma tak boleh bawa makanan dari luar, semua makanan harus dibeli menggunakan kad i-city yang sudah di reload, ala-ala touch and go gitu. So nak masuk top-up awal-awal, untuk sewa locker dan beli makanan. 
Dress code memang mention kena pakai swimwear. Tapi adik ipar huda pakai tshirt biasa lepas jer, so dresscode di Waterworld @ i-city ni tak lah strict sangat. bagus la camtu. memudahkan orang nak main di sini, bukan semua ada swimming suit. 
TIPS 
- booking tiket kombo atas talian. berbaloi-baloi sangat, macam yang huda tempah online, harga jatuh jadi RM20.50  per pax ( harga asal beli walk in RM30++ kot kalau tak silap)
>>>KLIK DISINI UNTUK BELI TIKET ONLINE<<


Dinner di mana yang best area  Shah Alam ni?
Sekali sekala berkumpul satu family, harus lah cari tempat makan yang best, luas dan nak puas hati semua orang kan sebab semua oleh pilih nak makan apa..
Maka pilihan kami adalah Al - Fateh Steamboat. 


Penuh meja, macam-macam ambil. Alang-alang makan buffet style, makan sampai kenyang. 


Sepanjang family holiday ni, Arif dan Amani sangat rapat, jalan siap pegang tangan, turun water slide sama-sama. Rasanya, diorang paling enjoy. Ni gambar diorang eksperimen, masukkan ice cream, campur buah, campur tomato cherry, dan macam-macam lagi. 

Si kecik Arif Hakim pula, sibuk... "saya nak masak" . tengok masing-masing masak grill dan steamboat, dia pun nak juga

Detail tentang Al-Fateh Steamboat:

Instagram : @alfatehsteamboat
Facebook : Al-fateh Steamboat & Grill
Blog : http://alfatehfoodnews.blogspot.my/
Selepas puas makan steamboat dengan pelbagai pilihan seafood, ayam, daging dan menu makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng, kew teow goreng, nasi lemak dan kuih muih serta buah-buahan, kami pun beransur pulang ke i-City. 
Guess what, hanya beberapa orang jer yang larat join berjalan-jalan menikmati keindahan warna warnai lampu di i-City, yang lain hanya lihat dari condo sahaja. 

The Arifs, Amani, Cik A dan ayah su Azim sahaja yang masih larat nak melayan karenah kanak-kanak yang ajak main marry-go-around di City of Digital Lights di i-city Shah Alam.

Arif dan Amani excited nak tunggu water dancing show. 
Family photo kami berempat 😍
Antara permainan yang The Arifs main di i-city digital lights ni adalah Merry-Go-Around dan Train.( boleh tengok diorang main di link video di bawah) Datang sini pun dah malam sangat, semua kepenatan main air pagi tadi, semua bateri pun low. 
Habis kisah hari pertama. 
Next day, breakfast sandwich sahaja di condo. Masing-masing masih mood ke laut. Penat sangat agaknya lama tak main air. Tapi The Arifs aktif bertenaga ajak pergi swimming pula. 
Bestnye condo i-Residence ni banyak kemudahan antaranya swimming pool yang luas, playground, BBQ Pit dan Gym. 



Permandangan dari balkoni di BBQ Pit. Memang bersebelahan i-city, sangat cantik tau waktu malam.




Selepas puas swimming dan bermain di palyground, semua bersiap-siap untuk check out. 
Selesai urusan check out, jam pun pukul 12 tengahari, semua dah lapar

Lunch di mana yang best di Shah Alam?

Recommendation dari rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, restoren Hatinie menjadi destinasi untuk makan tengahari kami. 


Masuk-masuk jer restoran ni, memang rambang mata, banyak yer pilihan makanan!!


Kuih-muih pun ada


Semua nampak sedap


Pencuci mulut, pelabagai jenis bubur pun ada tau. Memang terbaik la.
Lokasi : 18 &, 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Fb : Restoren Hatinie
Ok, selamat semua ahli keluarga menjamu selera, masing-masing pun membawa haluan sendiri, abang ipar dan adik ipar pulang ke rumah di KL, ayah dan mak dan 2 orang adik ipar balik Terengganu, huda pula balik Johor. 

Habis dah family holiday. Rasa singkat sangat, tapi memori yang terukir sepanjang family holiday ini pastinya menjadi kenangan manis terutamanya untuk The Arifs yang enjoy dapat bercuti bersama family member yang lain ( puas dah asyik bercuti dengan mama papa jer...) 
sekian perkongsian cerita huda hari ini. Kalau nak pergi bercuti di Shah Alam nanti, boleh la jadikan cerita huda ini sebagai rujukan. Jumpa lagi di perkongsian cerita huda akan datang...  jom layan video family holiday kami di i-City shah alam

some_text

3 comments:

  1. Baru tau pasal kondo ni. Bolehlah nak sewa untuk short gateaway. Dan seronok juga tgk waterpark iCity tu.
    Lain kali kalau Huda singgah Shah Alam boleh jumpa.
    Hari tu dtg pack schedule kan.
    yang penting The Arifs happy dapat berkumpul dengan semua family

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshAllah Lynda. Plan nak pergi icity lagi, xpuas teroka habis lagi hari tu.

      Delete
  2. Owh ada water theme park dah , dulu lampu2 je n snow hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.