Best ke Drama Red Velvet?

Assalamualaikum semua. Hari ini huda nak cerita tentang drama Red Velvet yang telah di tayangkan di Astro minggu lepas.  Huda baru je lepas marathon layan 4 episod pertama. Best ke Drama Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar tu???


Bagi huda, lepas layan 4 episod pertama ni, ok la, not bad jalan cerita yer. Boleh la isi masa lapang time nak rehatkan otak sekejap dari bekerja layan drama melayu. Jom huda kongsi lebih lanjut tentang drama red velvet ni.

EPISOD : 20 episod

TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober 2017

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam

SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)

PENULIS NOVEL : Acik Lana

PENGARAH : Hadith Omar

TERBITAN : Cube Films

PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa, Amira Othman


WATAK PELAKON

Alif Satar sebagai Izzat

Neelofa sebagai Helena

Hafidz Roshdi sebagai Fareeq

Amira Othman sebagai Suhaila

Alif Hadi sebagai Daniyal


LAGU TEMA / OST


Alif Satar - Sesungguhnya Aku


Sinopsis Drama Red Velvet

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

sumber Kaki Novel:

Watak Helena lakonan Neelofa berjaya dan ramai yang mula melekat dengan drama ni sebab nak tengok kecantikan Neelofa. Bagi huda, huda layan cerita ni sebab suka lakonan Alif Satar, yang sangat bersahaja membawa watak Izzat. Well done Alif Satar, tak sabar nak tengok part Izzat berubah dan jatuh cinta pada Helena.

Memang betul tau, orang tua kata jangan benci sangat nanti jatuh cinta.

Side effect lepas layan 4 episod drama Red Velvet ni, buatkan huda nak pergi kedai bakery dan beli kek Red Velvet juga. Lama sangat dah tak makan, last sekali makan time suprise birthday kek dari encik suami.( miss this moment...)

Nak tengok juga drama Red Velvet tapi takde astro?

Huda pun memang tak langgan astro di rumah,layan streaming jer di internet jer, hehe. ( Jimat cermat jer, duit saving holiday lagi best)

KLIK SINI >> http://v2.layandrama.org/ 

Ok, sekian coretan di pagi hari ini. Jom kita layan sama-sama drama red velvet ni. 

Post a Comment

2 Comments

Lynda Che Lah said…
TQ bagi link. Tapi sejak Dia Semanis Honey, tak boleh tgk Alif Satar ngan orang lain. Nak ngan Nana juga..hahahha
Huda Halid said…
hehe, suke tgk Alif, tak hensem sgt, tapi manis =)